Wednesday, December 28, 2011

:: Mak ...

Mak mertua masih lagi sakit.. hari tu dah berubat.. dengan ustaz.. errr, sakit mak susah nak cakap..bukan sakit biasa.. senang cakap mak ada saka.. warisan dari ibunya, kalau tak silap aku la.. sebelum ni anak2 semua tak tau Mak ada "bela" saka ni.. bila Mak dah start sakit2, baru anak2 mula syak, macam ada yang tak kena dengan Mak.. Memang Mak tak mengaku.. tapi lama2 anak2 tau jugak... Ayah mertua pun tak sedar Mak ada benda tu.. Bila dah sakit, baru Ayah tau..

Bukan anak2 tak pernah berusaha untuk "buang" benda tu.. dah ramai bomoh yang dipanggil sejak Mak sering sakit2 ni.. Tapi tu lah, ikut kata Bomoh, susah nak buang sebab Mak memang nak kan benda tu tambah lagi benda tu pun dah lama dengan Mak.. Pendek kata dah sebati dengan Mak..Apa cara yang tak dibuat, dah ditanam, dah dibuang kelaut, dah dipaku, tapi benda tu tetap datang balik.. 

Sekarang keadaan Mak makin teruk.. kadang2 Mak tak kenal anak2.. kadang2 Mak marah2.. kadang2 Mak akan jadi terlalu sensitif.. Ikut cerita anak2 , Mak dah jadi macam arwah Tok dulu.. Bau arwah Tok pun ada pada Mak.. Kata diorang, arwah Tok yang bagi saka tu pada Mak.. 
 
 Mak pun dah start minta anak menantu ambik "barang" yang ada pada Mak...Tapi anak2 tak ada yang sanggup.. Benda ni bukan mainan.. 
Usaha yang terbaru untuk ubatkan Mak, anak2 panggil seorang ustaz.. menurut Ustaz tu, Mak memang ada saka.. susah nak dibuang sebab dah sebati.. Dia akan usaha setakat yang mampu... yang lain terserah pada yang Maha Kuasa... 

Bila pandang muka Mak, rasa kesian sangat.. Siapa pun dia, apa pun yang telah dia buat sepanjang hidupnya, dia tetap ibu kepada suami aku..





p/s : ada sahabat kat sini yang ada pengalaman macam ni tak? tau tak kat mana2 yang boleh ubatkan Mak mertua saya?


Thursday, December 22, 2011

Doakan dia..

Mak mertua aku sakit teruk.. Terlantar dikatil je... Malam ni aku balik kampung.. Nak ziarah mak.. 
Doakan perjalanan aku selamat sampai kedestinasi dan semoga mak sembuh seperti biasa.. 




Thursday, December 15, 2011

:: Kesian anak ummi....


Satu hari, dalam minggu lepas, aku biarkan Afiq bermain2 dilaman rumah adik ipar. Seronok la dia.. Tapi sebab aku tau itu rumah orang,aku awasi dia bermain.. sentiasa tak lepas dari pandangan...

Aku risau dia tercalarkan kereta member adik ipar, aku suruh dia cabut rumput dilaman.. biasa la, rumah budak bujang, tak terjaga... rumput tumbuh tinggi.. tak terjaga laman.. aku nampak ada pasu bersusun, yang tumbuhnya rumput yang menghijau...

Afiq seronok duk cabut rumput.. setiap yang dicabut, dibawanya pada aku...
Dah habis kotor , berpeluh, aku sruh dia mandi......


........................................................................


Aku bersiap nak kepasar malam... dari dalam bilik, aku dengar bunyi kecoh kat luar... Suara Afiq dengan adik ipar aku...
Bila aku keluar je dari bilik, aku dengar suara Afiq..." Ummi yang suruh " berulang2 kali..Dalam hati aku tertanya2.. apa ye.....
Afiq lari masuk dalam rumah....  Suami ku ada disitu... adik ipar ikut masuk... katanya Afiq petik pokok bunga kawannya... habis semuanya...

Dan tak tunggu apa2 lagi, Suami aku amik hanger, pap.... sekali ... Afiq kena rotan... Afiq menangis.... sambil suaranya sayu berkata .... " ummi yang suruh ... ummi yang suruh...." Dan matanya ikut sayu memandang aku yang berdiri dibelakang....

Aku terkejut.. terkedu seketika... Suami aku dukung Afiq yang tengah menangis, berlalu keluar rumah...Sayu mata Afiq masih lagi memandang aku... 

Aku tarik nafas dalam... air mata aku  tahan dari menitis keluar... dalam hati aku sebak sangat2... 
Suami aku masih lagi duk pesan2 dengan Afiq... Jangan diulang lagi... Afiq meronta2 dalam dukungannya... Cepat2 aku datang amik Afiq... Aku tarik tangannya....  Aku usap kepalanya... Aku tahan Sebak dihati... Mata seakan berair...aku peluk Afiq... Afiq diam terus... Aku sapu airmatanya... hampir2 aku menangis disitu...

Bukan sebab aku terlalu manjakan anak sampai tak boleh ditegur, tak boleh dirotan... Tapi kali ini, Afiq langsung tak salah... besar kuman pun tak ada salahnya... Memang betul afiq cakap, Aku yang suruh.. dia bermain dengan aku petang tu... aku nampak apa yang Afiq buat... Kalau aku yang dah berpuluh2 tahun hidup ni pun tak kenal bunga tu, Afiq apatah lagi.....  yang hidupnya baru nak menjengah 5 tahun... 

Aku terkilan sangat2... kenapa terus dihukum? kenapa tak bertanya pada aku apatah lagi Afiq berulang kali cakap ummi yang suruh... Kesian nya Afiq... Dia memang nakal, hiper aktif... tapi tak semestinya dia sentiasa buat salah.... 

Pada Afiq, aku bagitau... 
" Afiq tak salah... ummi yang salah... " 


Lebih aku tambah terkilan.... 
Malamnya, adik ipar aku bagitau kawannya yang Afiq petik bunga dilaman.... Jawab kawannya, bunga2 dilaman, banyak yang dia dah petik dan cantas pokoknya..... Dan bunga yang kononnya Afiq petik tu pun, dia dah petik........... 
Aku yang mendengar, rasa terkilan dan sebak sangat2...... Kesiannya Afiq............




Wednesday, December 14, 2011

Setelah sekian lama...

Rasa lama je aku tak update apa2 cerita disini.. bukan rasa tapi memang lama pun kan.. bukan tak ada masa, ada....
 Cuma masalahnya , sejak aku selalu ikut suami, masa aku untuk hadap laptop dan update blog agak terbatas... sebab, sentiasa ada dia dengan aku.. rasa tak selesa untuk update blog... lagipun dia tak tau aku ada blog... 
Dan adanya hero kecik aku yang dah pandai main laptop menambahkan lagi masalah aku untuk update blog.. tambah pulak dia dah pandai layan internet... asyik berebut dengan aku je..

Hidup aku sekarang, boleh dikatakan syukur alhamdullilah... biar banyak masalah yang tak pernah terungkai kerana aku sendiri tak ingin untuk merungkai setiap masalah, tapi aku mampu untuk merasa sedikit bahagia...
Segala masalah dan persoalan , rasanya masih terlalu banyak dan kalau aku fikirkan, tak tertanggung dek hati dan perasaan... Jadi aku putuskan , biarlah buat masa ini... segala yang baik dan buruk, hanya Allah yang lebih mengetahui...




Saturday, November 26, 2011

Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG DI MELAKA

1- SENIOR TECHNICIAN -
GAJI RM900 - 
ELAUN KENDERAAN RM200-RM100 
PETROL CLAIM - EPF - SOCSO - KLINIK.....DSBNYA
 
 
2 - JUNIOR TECHNICIAN - RM650 
ELAUN KENDERAAN RM100
PETROL CLAIM - EPF - SOCSO - KLINIK...DSBNYA....
BERMINAT SILA HUBUNGI ATAU SMS DI NO 0192840678 ( en.zul )


Tuesday, November 8, 2011

:: Shah Alam ~ Melaka ..



As salam...

Lama betul aku tak menulis disini.. Banyak benda yang jadi... baik buruk semua ada.. yang pasti aku masih ada.. hehehe...

Aku sekarang dalam proses "penghijrahan"... errr, hijrah dari Shah Alam ke Melaka... insya allah, semoga segala urusan dipermudahkan... Dan aku sangat berharap ini akan jadi permulaan hidup yang lebih bermakna, bahagia, aman dan sentosa untuk aku sekeluarga.... 
Shah Alam dan Kuala Lumpur terlalu menduga aku sejak kebelakangan ini.. 

Bukan semua kenangan pahit , malah ada yang terlebih manis disini, cuma , sejak akhir2 ini dugaan disini terlalu payah, terlalu kelat untuk aku rempuh...

Belum hijrah sepenuhnya, tapi aku sangat2 berharap agar semua yang baik2 saja menanti dihadapan... 

Insya Allah.... 










Monday, August 22, 2011

:: Cerita cinta dia...


Malam tadi mata tak leh lena.. terjaga sampai sahur.. bangun pagi sakit kepala.. Dalam tak tido teringat pada seorang teman... Pangkat kakak pada aku..Kak Nor.. dia baik.. dia tempat aku mengadu segala rasa hati.. Dia pendengar yang sangat bagus.. Dia cukup memahami.. Setiap kali aku berkongsi rasa, dia tak pernah menjatuhkan hukuman pada siapa2, bahkan dia akan memujuk dan memberi nasihat... Dan yang paling aku suka padanya, sikapnya yang tak akan mengungkit dan bertanya lagi tentang apa2 yang telah aku cerita dan kongsi dengannya... 

Dia dah agak berumur... kisah hidupnya penuh duka.. dia belum berkahwin.. Dia pernah bercinta.. kisah cintanya cukup syahdu.. Itu cinta pertamanya.. 
Mereka bercinta, lelaki itu, Din namanya, cukup baik.. tiada cacat celanya... hubungan mereka direstui keluarga.. segala berjalan lancar sehingga suatu hari, Din eksiden.. parah... kecederaan otak.. dan Din hilang kewarasan fikiran.. boleh kata gila la.. Tapi Kak Nor  masih setia.. sikit pun tak goyah cintanya... 

Tapi entah hasutan dari mana, keluarga Din membuat tuduhan bahawa Kak Nor hanya mahukan duit insuran yang berpuluh ribu .. sebab itu masih setia.. cerita ini sampai ke pengetahuan family Kak Nor..mereka rasa cukup terhina.. apatah lagi mak ayah Din sampai datang rumah, minta jangan diganggu anak mereka.. minta jangan harapkan duit yang berpuluh ribu itu...

Cukup sedih... tapi Kak Nor masih lagi setia.. datang melawat sembunyi2... Dan sampai Din sembuh, mereka tak lagi berjumpa kerana dihalang keluarga.. Tak lama lepas tu, Din dipaksa kahwin, pilihan keluarga... 
Kak Nor lantas menjauh.. Hatinya cukup luka.... Tak pernah terubat tapi cinta dihati tak pernah surut...

Takdir tuhan siapa yang tahu kan, mungkin kecewa yang amat, Din kembali sakit, tak waras, kurang siuman... mereka bercerai.. habis duit yang ada dikebas dek isteri pilihan keluarga... 
Dan paling menyentuh hati , Din masih ingat dan mencari Kak Nor... kerap kali dia datang ketempat kerja Kak Nor, mencurah kata2 rindu, sayang, dan cinta... Habis semua orang diberitahunya bahawa hanya Kak Nor cinta hatinya... 
Kak Nor tak pernah jumpa dia lagi... dia akan lari dan sembunyi bila Din datang.. sebab dia sedih tengok Din macam tu.. Dia tak sampai hati.. Dia sayu,.. sebab dia masih sayang... 

Dan sampai sekarang Din masih tetap mencari Kak Nor.. Dan sampai sekarang bila jumpa siapa saja yang dia kenal, dia akan beritahu , dia masih sayang dan tetap sayang Kak Nor.. Dan dia tak pernah lupa berpesan pada orang yang dia jumpa supaya tolong tengok-tengokkan dan jaga Kak Nor untuk dia.... 

Aku mendoakan Kak Nor , suatu hari nanti bertemu jodohnya..walau dengan siapa jua..Dan Din, semoga dia kembali sembuh....


~ masih diampung, line berukband cukup teruk, tak boleh merayau keblog sahabat semua..:( ~