Showing posts with label Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Dari Hati. Show all posts

Monday, April 29, 2013

:: Ini kisahnya...




Sekadar mengimbas apa yang terjadi dalam hidup aku setahun kebelakangan ini...

2011, secara rasmi dalam tak rela, aku berhenti kerja... Terlalu banyak karenah dan cabaran tambah lagi menuntut masa yang agak berlebihan ... sampai nak jumpa anak pun tak sempat... akhirnya aku resign...

Satu jalan rezeki aku hilang, aku dikurniakan rezeki yang tidak ternilai... Alhamdulllah... Aku hamil...

Sepanjang kehamilan aku tidak berkerja...

Hubby aku berpindah kerja dari shah alam ke Melaka..Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku balik kelantan....
Berjauhan memang menuntut kesabaran yang sangat tinggi... Beribu dugaan yang datang... Alhamdullah..Jodoh masih panjang...

2012,  Selamat melahirkan Amisha Nur Zulaikha.. Cahaya baru dalam hidup aku.. Syukur pada Allah,dipermudahkan segala-galanya...

2012,tahun yang benar-benar menguji hati dan perasaan aku... Aku diuji jiwa dan raga.. Aku terpaksa senyum dalam tangis,.. Apatah lagi masa tu aku masih menumpang dengan family kat kampung...

Sangat seksa rasanya terpaksa berpura-pura ceria bila hati sarat dengan segala macam rasa..
Dan tersangat susah untuk berpura-pura dengan orang yang tersayang...

Tapi aku redha kerana aku tahu aku tak kan diuji diluar batas mampuku...

2013, dari Shah alam ke melaka, dan akhirnya disini aku kini...Pasir Gudang,Johor..
Satu penghijrahan yang tidak mudah untuk kami sekeluarga,..

Tiada apa yang aku harapakan, .. melainkan sebuah kebahagian untuk aku dan suami.. juga untuk anak-anakku....Sudah penat rasanya hati menanggung beban ... semoga aku tidak diuji lagi...



Sunday, April 28, 2013

:: Jangan tanya kenapa....



Usah ditanya tentang rasa...pahit ,manis masam...
Usah dipeduli pada masa yang berlalu...
Usah difikir masa yang bakal mendatang...
Usah dikesal jalan yang telah dipilih...

Jangan tanya kenapa, sayang.... 
Jangan kau pernah peduli padaku...
Ayuh,..hayun langkahmu menuju jalan bahgiamu...
Usah dipeduli aku lagi..

Jangan tanya kenapa, sayang...
Bila hati tak lagi untukku...
Ayuh, bangkit....
Usah hanya diam disitu...
Kejarlah bintang idamanmu itu...
Ayuh... jika itu membahgiakan mu...
Aku? 
Usah dipeduli lagi...

Jangan tanya kenapa, sayang....
Kerna Jawabnya bukan padaku...





nota kaki: aku tak tau apa aku tulis... sekadar mengikut rentak jemari ,berpaksikan hati...

Monday, June 18, 2012

:: Apa sebenarnya...


Bukan nak fikirkan yang bukan-bukan.. Tapi terdetik dihati , ada sesuatu yang tak kena dengan hidup aku sekarang dengan apa yang sedang belaku..

Aku was-was.. Apakah masih ada sihir untuk memusnahkan rumahtangga orang? Ya allah, aku mohon ini cuma andaian aku..
subhanallah... Astagfirrullahalazim... 

Dalam setahun kebelakangan ni, aku sering mimpi ular.. macam-macam aku mimpi ular.kena patuk, kena kejar, kena belit..
Satu mimpi aku pernah kongsi kat entry ini..
 Tapi aku tak fikir lebih-lebih masa tu.. 

Dan sekarang, lepas satu , satu benda yang jadi.. yang boleh buat hati aku kata, ini diluar kebiasaan..

Entah la, agaknya ini satu lagi dugaan Allah untuk aku.. 




Sunday, June 17, 2012

:: Stress..




Stress sangat-sangat..
Mood down sungguh-sungguh..
Air mata jadi peneman lagi.
Betullah.. Aku tak kuat pun.
Aku kalah sebelum sempat berjuang..
Aku ketinggalan waktu..
Aku yang patah terluka. Rebah tersungkur ..

Aku lelah dalam memburu kasih sejati..
Aku yang hilang arah dalam berjuang ..
Silap perhitungan kah aku?
Tolong ajarkan aku teman...
Aku lelah sendiri .... sendiri aku tewas... sendiri aku lemah...



Allah tak akan bagi ujian dan dugaan diluar kemampuan hambanya..






Thursday, June 14, 2012

:: Cinta facebook...




Persoalan yang mudah. Jawapan yang rumit. Apa kata korang semua. Mari kongsi sama-sama kalau sudi.

Semua ada facebook kan. Boleh bilang dengan jari siapa yang tak de.. Boleh ke? boleh la kut...Kisahnya begini.. errr...tak reti nak huraikan la pulak...hadoiii...

Ringkaskan cerita , cinta facebook. Anak gadis dengan suami orang.. bercinta hanya difacebook..dan kemudiannya melarat ke sms dihenpon.. tapi tak pernah berjumpa.. sebab jauh, sorang di malaysia, sorang di indon..cuma sms jiwang-jiwang, rindu-rinduan...

Persoalannya yang bermain diminda, siapa harus disalahkan? Sisuami atau sigadis itu ? Salahkan sisuami yang gatal  iye lah jugak, salahkan sigadis yang melayan atau menggoda sisuami?

Difacebook sisuami dah terang-terang statusnya "married with..." . Dan photo keluarga berlambak kat "photo"..

Jadi, sigadis kah yang gatal, sengaja membuat huru hara rumahtangga orang atau sisuami yang terlalu pandai menabur ayat power?




pst, jangan tanya aku siapa sisuami itu dan sigadis itu.. kamu-kamu yang pernah terlibat dengan suami orang, fikirlah, kamu juga perempuan.. jika perempuan tak memahami hati perempuan, siapa lagi...
lainlah kalau memang ditakdirkan kamu berjodoh dengan suami orang..
hanya Allah yang menentukan...






Tuesday, June 12, 2012

:: Wordless Wednesday .. 1





Hanya kita yang tahu erti bahagia.. Tak sama bahagia kita dengan bahagia orang lain..Ada bezanya.. Syukurlah dan berbahagia kita seadanya kita.. 



Wednesday, June 6, 2012

:: Diam....

Diam...

Sering kali aku terdiam dalam banyak hal..
Hal yang tak pernah aku redha..
Seringkali "diam" aku disalah erti..

Entah..
Penat.

Syhhh... aku memang penat..

Jalan aku lalui masih berliku
Mana arah harus dituju, aku masih buntu..
Masih berada disimpang jalan..
Kiri dan kanan, harus kemana aku?


Diam aku bukan kalah...
Diam aku bukan rela...

Diam aku mencari ketenangan
Diam aku menjunjung maruah
Diam aku menahan duka
Diam aku kerana hati-hati kecil itu, perlu aku bajai...




Wednesday, April 11, 2012

:: Menentang ketentuan ???



Terkadang aku terpaksa berkata ya pada sesuatu keputusan yang hati aku berkata tidak...

Terkadang kepala terpaksa mengangguk sedangkan hati  meronta untuk menidakkan sesuatu...

Terkadang terpaksa tersenyum pada sesuatu yang sepatutnya aku menangis...

Kerana kepentingan keluarga melebihi dari keperluan dan kepentingan diri sendiri... 





~ korbankan sesuatu untuk sesuatu, kerna kita tak punya pilihan ~

Wednesday, December 14, 2011

Setelah sekian lama...

Rasa lama je aku tak update apa2 cerita disini.. bukan rasa tapi memang lama pun kan.. bukan tak ada masa, ada....
 Cuma masalahnya , sejak aku selalu ikut suami, masa aku untuk hadap laptop dan update blog agak terbatas... sebab, sentiasa ada dia dengan aku.. rasa tak selesa untuk update blog... lagipun dia tak tau aku ada blog... 
Dan adanya hero kecik aku yang dah pandai main laptop menambahkan lagi masalah aku untuk update blog.. tambah pulak dia dah pandai layan internet... asyik berebut dengan aku je..

Hidup aku sekarang, boleh dikatakan syukur alhamdullilah... biar banyak masalah yang tak pernah terungkai kerana aku sendiri tak ingin untuk merungkai setiap masalah, tapi aku mampu untuk merasa sedikit bahagia...
Segala masalah dan persoalan , rasanya masih terlalu banyak dan kalau aku fikirkan, tak tertanggung dek hati dan perasaan... Jadi aku putuskan , biarlah buat masa ini... segala yang baik dan buruk, hanya Allah yang lebih mengetahui...




Tuesday, November 8, 2011

:: Shah Alam ~ Melaka ..



As salam...

Lama betul aku tak menulis disini.. Banyak benda yang jadi... baik buruk semua ada.. yang pasti aku masih ada.. hehehe...

Aku sekarang dalam proses "penghijrahan"... errr, hijrah dari Shah Alam ke Melaka... insya allah, semoga segala urusan dipermudahkan... Dan aku sangat berharap ini akan jadi permulaan hidup yang lebih bermakna, bahagia, aman dan sentosa untuk aku sekeluarga.... 
Shah Alam dan Kuala Lumpur terlalu menduga aku sejak kebelakangan ini.. 

Bukan semua kenangan pahit , malah ada yang terlebih manis disini, cuma , sejak akhir2 ini dugaan disini terlalu payah, terlalu kelat untuk aku rempuh...

Belum hijrah sepenuhnya, tapi aku sangat2 berharap agar semua yang baik2 saja menanti dihadapan... 

Insya Allah.... 










Monday, August 22, 2011

:: Cerita cinta dia...


Malam tadi mata tak leh lena.. terjaga sampai sahur.. bangun pagi sakit kepala.. Dalam tak tido teringat pada seorang teman... Pangkat kakak pada aku..Kak Nor.. dia baik.. dia tempat aku mengadu segala rasa hati.. Dia pendengar yang sangat bagus.. Dia cukup memahami.. Setiap kali aku berkongsi rasa, dia tak pernah menjatuhkan hukuman pada siapa2, bahkan dia akan memujuk dan memberi nasihat... Dan yang paling aku suka padanya, sikapnya yang tak akan mengungkit dan bertanya lagi tentang apa2 yang telah aku cerita dan kongsi dengannya... 

Dia dah agak berumur... kisah hidupnya penuh duka.. dia belum berkahwin.. Dia pernah bercinta.. kisah cintanya cukup syahdu.. Itu cinta pertamanya.. 
Mereka bercinta, lelaki itu, Din namanya, cukup baik.. tiada cacat celanya... hubungan mereka direstui keluarga.. segala berjalan lancar sehingga suatu hari, Din eksiden.. parah... kecederaan otak.. dan Din hilang kewarasan fikiran.. boleh kata gila la.. Tapi Kak Nor  masih setia.. sikit pun tak goyah cintanya... 

Tapi entah hasutan dari mana, keluarga Din membuat tuduhan bahawa Kak Nor hanya mahukan duit insuran yang berpuluh ribu .. sebab itu masih setia.. cerita ini sampai ke pengetahuan family Kak Nor..mereka rasa cukup terhina.. apatah lagi mak ayah Din sampai datang rumah, minta jangan diganggu anak mereka.. minta jangan harapkan duit yang berpuluh ribu itu...

Cukup sedih... tapi Kak Nor masih lagi setia.. datang melawat sembunyi2... Dan sampai Din sembuh, mereka tak lagi berjumpa kerana dihalang keluarga.. Tak lama lepas tu, Din dipaksa kahwin, pilihan keluarga... 
Kak Nor lantas menjauh.. Hatinya cukup luka.... Tak pernah terubat tapi cinta dihati tak pernah surut...

Takdir tuhan siapa yang tahu kan, mungkin kecewa yang amat, Din kembali sakit, tak waras, kurang siuman... mereka bercerai.. habis duit yang ada dikebas dek isteri pilihan keluarga... 
Dan paling menyentuh hati , Din masih ingat dan mencari Kak Nor... kerap kali dia datang ketempat kerja Kak Nor, mencurah kata2 rindu, sayang, dan cinta... Habis semua orang diberitahunya bahawa hanya Kak Nor cinta hatinya... 
Kak Nor tak pernah jumpa dia lagi... dia akan lari dan sembunyi bila Din datang.. sebab dia sedih tengok Din macam tu.. Dia tak sampai hati.. Dia sayu,.. sebab dia masih sayang... 

Dan sampai sekarang Din masih tetap mencari Kak Nor.. Dan sampai sekarang bila jumpa siapa saja yang dia kenal, dia akan beritahu , dia masih sayang dan tetap sayang Kak Nor.. Dan dia tak pernah lupa berpesan pada orang yang dia jumpa supaya tolong tengok-tengokkan dan jaga Kak Nor untuk dia.... 

Aku mendoakan Kak Nor , suatu hari nanti bertemu jodohnya..walau dengan siapa jua..Dan Din, semoga dia kembali sembuh....


~ masih diampung, line berukband cukup teruk, tak boleh merayau keblog sahabat semua..:( ~

Friday, August 5, 2011

:: Dimatanya , aku masih anak kecil..

Aku nak balik kampung hari ni.. seronoknya... dah nampak nasi kerabu yang ma buat, nampak lagi mee celup, laksam, akok... wah... nyaman... :)
Hari tu dah call ma kat kg.. bagitau nak balik puasa kat kelantan.. mula tu risau jugak .. takut ma marah, kut la menyusahkan dia pulak.. 
Tapi dia pulak dah yang seronok.. siap suruh balik cepat2 .. Tapi biasa lah ma , kalau tahu aku tengah tak berduit, banyak la yang ditanya.. Baju raya dah ada ke belum.. aku cakap je aku pakai baju lama je.. 

Dan dan tu jugak ma kata , tak pe lah, balik dulu, nanti kita pergi beli kat sini la.. hahhaha.. ohh ma..
Siap pesan lagi, balik cpat sikit, nanti baju tak ada orang nak jahit..

Memang ma macam tu.. kalau aku balik, aku dah jadi anak kecil balik.. aku dah tak dewasa dikampung.. 
Teringat satu peristiwa yang mengusik perasaan.. Masa tu kat kampung tak ada air... bekalan air dalam kolah pun dah kering.. air telaga kat rumah aku tu dah lama tak guna, so kotor.. mmg tak leh buat mandi..Waktu tu dah malam .. aku belum mandi pun lagi.. sebetulnya, aku dah sediakan air mandi untuk aku.. cukup2 untuk mandi.. tapi abah pulak terpakai air tu... habis.. 

Boleh je kalau aku nak mandi kat telaga jiran selang 2 buah rumah tu.. tapi aku malas sbb orang ramai...
So, aku buat keputusan , tak pe .. aku takyah mandi la...
Tak lama lepas tu, Ma panggil, dia cakap dah amik air utuk aku... dari telaga jiran tu la.. penuh satu bekas besar tu... ohhh... masa tu aku dah terkejut sangat.. kesian dia.. jenuh nak punggah air macam tu...
Tapi dia nampak biasa je.. tak ada pun rupa penat kat wajahnya.. siap pesan suruh aku mandi cepat2.. takut orang lain amik air tu.. 
Aku mandi sekadar amik hati ma je masa tu.. simpan air yang dia punggah tu.. kesian dia.. masa tu aku dah kawen pun.. 

Itulah ma, yang pada matanya , aku tak pernah dewasa ...





Thursday, August 4, 2011

:: Cerita suami isteri..?


Malam tadi jumpa sepasang suami isteri ni.. Suami nya kawan husband aku la.. dah pernah jumpa diorang 2-3 kali sebelum ni..Tapi aku agak tak berkenan dengan si isterinya.. Bukan apa, dia agak terbuka sangat dalam berbicara.. err, cam mana ye nak xplain? dia macam tak ada rasa sensitif.. masuk bab dalam kelambu sekali.. adoi, itu bukan aku punya type la kalau nak bercakap pasal benda macam tu.. agak sensitif.. lagi pula itu masuk dalam rahsia suami isteri.. rahsia rumahtangga.. 

First time jumpa dulu pun dia dah sebuk duk tanya pasal anak.. sebenarnya ini issue sensitif la.. lebih lagi kalau org tanya depan2 suami aku.. aku malu... tak tau nak jawab apa.. senyum.. Dah ada sorang pun aku bersyukur sangat.. nak tambah lagi, itu semua rezeki dari Allah.. 
Aku tak suka dia duk asak aku dengan macam2 soalan.. makan ubat perancang ke? rancang sendiri ke? tak mau anak lagi ke? cukup ke satu? muda2 kena buat anak dulu... aduiii.... tahan nafas aku.. dah aku bagitau, tak ada rezeki, lagilah duk tanya macam2..

Aku tak suka sebenarnya kalau orang tanya pasal anak depan suami aku.. sebab aku akan jadi malu.. aku segan.. aku akan jadi blurr.. cukup sekadar bertanya lebih kurang dah la... 

Lagi satu kalau orang yang suka sangat duk tanya pasal hubungan suami isteri ni.. pun aku tak suka dan tak minat.. bagi aku benda tu bukan untuk dikongsi..Takkan nak amik tahu dan nak bagitau orang berapa kali kita "bersama" ? tak malu ke nak tanya orang? tak malu ke nak bagitau orang?



Saturday, July 30, 2011

:: Bila diri tak lagi disayangi....


Pedih . Parah. Jiwa yang luka dan semakin luka.. 
Bukan mengalah sebelum berjuang. Sudah jatuh terduduk. Kalah. Tamat.
Jiwa yang parah, takkan pernah terubat.

Cuba untuk berlari.. Tersadung langkahku. Jatuh terduduk. Sakit yang tak terasa. 
Mengharap agar ada tangan yang menghulur.. Hampa.. 
Hanya pandangan keji dan sinis yang terlontar..
Kecewa.. Bukan ini kemahuan hati..

Haruskah dirungkai tali yang tersimpul ??
kecewakah hati-hati mereka nanti ??
Sedang hati sendiri tak lagi bernyawa... 




Thursday, July 21, 2011

:: Syhhh... biarlah rahsia ...

what a suprise ?? ohhh.... macam tak percaya.. tapi dah dapat agak.. 
Tepat... 
Tak tau nak tafsir kan macam mana..
Tapi boleh buat aku senyum..

Buat masa ni, kuputuskan ikut kata Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia... :P


~ ....... Moh kita layan Annisa lak.... ~



Tuesday, July 19, 2011

:: Selamat Hari Lahir ..

Hari ini ulang tahun kelahiran suami . 20July. Selamat hari lahir. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. 
Semoga tahun ini membawa sinar bahagia dalam hidup.Semoga tahun ini lebih bermakna. 

Untuk Suamiku, tadi ku intai wall fb , banyak ucapan hari lahir disitu.. Dari isterimu ini, oh.. sorry , takkan ada disitu .. kita tahu kenapa kan .. 
Minta maaf ye, tak tahu nak cakap apa.. rasa kekok.. sebab rasa jurang makin besar antara kita... 
Rasa rindu untuk kembali seperti dulu... kita tak tahu siapa dan dimana silapnya.. 

Apapun , selamat hari lahir .. semoga terus bahagia dengan apa adanya....