Wednesday, March 30, 2011

:: Dia buat hal dah ....


Dia dah buat hal.. tengah2 macam ni la dia nak buat perangai .. Dah la sekali buat hal mau terbang beratus .. pening kepala aku neh.. 

Pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, dia dah bagi tanda2 nak meragam .. masa lunch cek, ok pulak.. elok je dia.. eh, petangnya buat hal lagi.. merajuk terus.. apa yang kena aku pun tak tau la.. Dia stop terus kat tengah2 jalan tu... aduii la... buat malu je... 
..
Tu dah satu hal.. nak kena hantar kedai, en.husband cakap maunya dalam rm300-400 .. Hadoo... mana nak cekau ni..dah la gaji bulan ni tak dapat... Afiq punya game lagi ...Kepeningan melanda !! 

Masa ni la dia nak rosak.. tak boleh tunggu aku banyak duit ke ???




Tuesday, March 29, 2011

:: Ingatkan dah lupa....

Kisah sihero kecik aku yang sorang ni la.. ingatkan dah habis cerita game PSP dia tu..rupanya belum... Adeh la..
Hari minggu yang lepas adik aku datang sini... sebuk la si Afiq ni duk cerita pasal game ni kat mak sedara dia tu ... 


Afiq : Mok ngoh, Afiq nak beli game. yang macam ni.. ( sambil buat gaya org main PSP )
Mok Ngoh : Afiq ada duit ke?
Afiq : Ada... nanti ummi bagi la... nanti ummi amik duit dulu... 
Mok Ngoh : Iye ke? ummi ada duit ke?
Afiq : Ada..ummi kat nanti ada la...nanti biar mati game Falina... ( Falina tu budak yang ada game PSP kat sekolah tu la )


Aloh la..aku ingatkan dia diam, dia dah lupa..ingat lagi dia rupanya.. Siap nak bagi Falina nyer game mati tu.. err, mati tu maksudnya rosak la ... marah betul dia ngan Falina..sebabnya, tak bagi dia pinjam game tu...



Friday, March 25, 2011

:: Bangkit lah sayang....




Sering kali aku terfikir, apakah semua benda yang terjadi ni adalah balasan dosa2 aku ?
Semak otak ... banyak sungguh yang terjadi ... banyak sangat .. tak daya... 

Tak pernah senang hati ... tak tahu nak tahu, dah tahu hati pulak yang sakit ... Lebih senang dan bahagia rasanya kalau aku tak pernah tahu .. Tapi itu lah, dicari, digodek, ketemu jua, jiwa yang merana.. 

Sedang dia, masih enak begitu ... tak pernah terpikir kah sedetik dihati tentang aku? 
Selalu aku renungkan, kenapa senangnya aku dibuat begini ? Adakah sebab aku nampak tak kisah ? 
Apa kah perlu aku menjerit, memaksa, memberontak dan seisi alam tahu baru kau kan tersedar dari lena yang panjang ?

Atau sehingga aku canang-canangkan semua kekhilafan diri mu itu pada seluruh alam ? Mahukan begitu ?? 
Biar seluruh alam ini pandang jijik, jelik ..!! Tapi kau tahu aku tak kan begitu...

Dan sungguh, kebenaran itu sangat menyakitkan hati nurani... 

Bangkit lah sayang, cukup , lenamu terlalu panjang ... bangkit dari mimpi, perjalanan kita masih jauh kecuali kalau memang mahumu begitu ... teruskan , dan cukup jalan seiring kita sampai disini ...  


Atau kah menunggu sehingga aku dihantar diwad gila baru kau kan tersedar ??




Wednesday, March 23, 2011

:: Moga aku tidak tersasar ...

Hidup kita ni banyak sungguh dugaan dan godaan yang datang tika kita susah , tika kita dilanda ombak badai ...
Datang nya menggoda iman yang dah memang tak sekuat mana... Rapuh ..

Aku juga begitu .. tak malu nak akui, aku sering tersasar, sikit tak banyak.. Tapi syukur aku cepat tersedar, lantas setiap kali aku tersasar , aku bisikkan dihati, ..
" jangan, ini bukan aku .. aku akan seperti dia kalau aku biarkan godaan itu berlarutan " 

Jangan jadikan alasan " aku bukan malaikat " untuk berbuat sesuatu yang terlarang.. sesungguhnya yang terlarang itu godaan.. itu aku sematkan dilubuk hati aku tiap kali aku tergoda.. pun begitu masih tersasar .... 

Hati memang tak kan tenang tiap kali iman yang nipis ini , diganggu gugat... syaitan dan iblis bertepuk sorak... meraikan kemenangan menyaksikan anak cucu adam terpanar dengan godaan perasaan... 

Oh kamu, berlalu pergi lah ,  kerana imanku tak sekuat mana.. jangan tunjukkan aku jalan yang salah, jangan digodek rahsia hati aku.. jangan dicungkil apa kata hati... biarkan ia larut dan membeku sendiri... kerana itu lebih baik... 

Jangan biarkan syaitan, iblis dan hawa nafsu bersorak meraikan kemenangan... .



Tuesday, March 22, 2011

:: Ruang yang terbatas ??

As salam ..
Semalam berlalu tanpa apa2 n3 dari aku... rasa kehilangan pulak.. hihihihi...
Kat office sekarang tengah training lagi.. tak ada ruang untuk berblog.. 

Sekarang aku dah balik rumah awal.. malas pulak nak mengadap pc.. sebab nanti kalau dah duk mengadap, leka sampai ke tengah malam... 

Aku sekarang ni pun banyak benda yang aku nak buat tapi tertangguh ...
banyak persoalan yang aku perlukan jawapan tapi kadang2 ada suara dari hati yang berbisik, "jangan .. nanti bila dah dapat jawapan , aku akan lebih parah..." 





Saturday, March 19, 2011

:: Manisnya kenangan - MInta maaf cikgu ...

Kemas rumah , belek2 album gambar lama, zaman sekolah.. ternampak sekeping photo aku bersama seorang cikgu ni.. Cikgu razlan namanya.. hemsem orangnya..ramai peminat ... 
Dan aku , ada kisah aku sendiri dengan Cikgu ni.. bukan kisah cinta ye... 

V
V
V

Masa tu aku dalam form 5 .. aku agak pendiam tapi dalam diam2 aku nakal sebenarnya.. Cikgu Razlan ajar sains sejak aku form 4 lagi.. Dia memang mesra dengan semua anak murid.. tak kira siapa pun ... group aku 4 orang, memang nakal.. cuma aku agak tak banyak cakap kalau dengan orang lain.. so, kenakalan aku agak tak terserlah...  :-)

Cikgu razlan memang tak pernah komplen pasal aku .. tambah lagi subjek sains aku lulus elok je tiap kali exam ... tapi kalau dengan kawan2 aku yang lain, dia selalu jugak la amik perhatian.. sebab dioarng ni on off..kadang lulus kadang tak .. So, cikgu ni selalu la beri perhatian lebih pada kawan2 aku ni.. nampak aku agak tersisih la.. tambah lagi kami 4 orang duduk depan meja cikgu... ini buat aku kecik hati dengan cikgu ... Pada fikiran aku masa tu, cikgu memang tak suka aku sebab aku tak cantik nak dibandingkan dengan kawan2 aku... sebab tu la cikgu jarang nak beri perhatian pada aku... :-(

 Sebab tak suka dan rasa tersisih, aku jadi malas nak buat nota untuk subjek sains.. buku nota aku kosong.. berapa bab je yang aku buat note.... sampai la satu hari cikgu razlan bagitau nak cek nota kitorang .. Cikgu razlan jarang nak cek nota ... 2-3 bab sekali dia cek.. cuma dia banyak bagi ujian mengejut je kat anak murid dia.. 
Aku yang tak buat nota dia dah gabra dah.. nak tak nak aku hantar jgak la log book yang cuma tak sampai suku bab aku buat nota tu.. Lepas tu dia bagi kami ujian ... Sebelum bagi ujian tu , dia dah pesan pada semua orang , pada yang tak lulus nanti, dia nak suruh kami sediakan alasan kenapa tak lulus.. Dan, aku lulus.. tak sangka betul aku.. 

Lepas beberapa hari kami ujian dan hantar nota tu, dia masuk kelas macam biasa ... Dia pulangkan balik buku nota kami ... aku dah bersedia dengan apa saja bentuk hukuman nanti... tapi cikgu razlan tak hukum apa apa pun.. eh, lega dah aku masa tu.. tapi masa dia nak keluar kelas, dia pesan ..
" siapa-siapa yang tak lulus ujian hari tu, list kan 5 sebab kenapa tak lulus dan jumpa saya petang nanti, lepas kelas habis, dekat pondok .."
Cikgu Razlan pandang aku... dalam hati aku dah pelik , ehh, aku lulus oke.. 
" dan kamu, list kan jugak 5 sebab kenapa tak buat nota saya ... " erkk... aku dah terkejut masa tu ... tak jangka la aku... mana nak perah otak untuk 5 sebab tu .. blurr otak aku ni ... tapi aku angguk je .. kawan2 aku dah pelik, biasa aku tak pernah tak siap nota .. 

Petang nya, aku redah jugak la.. aku listkan sebab2 tu . aku lipat cantik2.. aku masukkan dalam sampul surat..ala2 surat cinta gitu ... aku saja tunggu turn last.. aku bagi pada cikgu razlan, dia tersenyum tgk aku siap masuk dalam sampul ... tak sempat dia tanya, aku dah bagitau,  ..." ni rahsia, tak nak orang baca, sebab tu masuk dlam sampul .." cikgu angguk je sambil suruh aku duduk depan dia... dia buka dan baca .. nampak riak muka dia berubah , dia mengeluh .. dan lipat balik masuk dalam sampul ... 
" betul ke ? kenapa ? " .. dia tanya aku... aduhh,.. aku dah berdebar, tak senang duduk dah. .. aku tak bersedia nak jawab soalan face to face ni ...  aku diam, dia diam.... lama .... 
" saya minta maaf kalau selama ni sya silap, sy tak pandai ambik hati anak murid saya..dan saya tak pernah anggap kamu tak wujud ... saya tak pernah tanya kamu sebab kamu antara yang terbaik .. ini, kamu kata kamu tak minat lansung, tapi kamu boleh jugak lulus setiap ujian saya... "

Banyak yang cikgu razlan bagitau dan motivate aku petang tu... aku dah lupa apa lagi yang dia bagitau.. cuma yang aku ingat hingga saat ini ialah titisan air mata cikgu razlan petang itu.. dia sedih dan agak tersentuh dengan list yang aku bagi ...aku ingat list yang aku buat tu sebab aku masih simpan copy.. cikgu razlan photostat list tu dan bagi aku copy .. dia kata sebagai ingatan yang aku pernah buat airmata dia gugur ..

* Saya tak minat langung subjek sains ...
* Cikgu ajar pilih kasih, cikgu buat saya tak wujud depan cikgu ..
* Cikgu tak suka saya kan, sebab tu cikgu tak pernah tegur saya dan tanya saya ..
*Saya bengang dengan cikgu sebab cikgu hanya suka anak murid cikgu yang cantik je .
*Saya sengaja tak buat sebab nak tengok cikgu peduli tak kat saya...

Aku pun tak tau kenapa aku seberani itu ... budusss bila ingat balik... saya minta maaf cikgu, !!!
... masa amik result SPM, abah cakap ada cikgu kirim salam.. dia bangga aku lulus cemerlang subjek sains tu.. aku tau itu cikgu razlan sebab cikgu tu nak tau subjek sains aku dapat berapa.. dah tentu la dia kan.. aku tak amik sendiri result sebab aku tak ada kat kampung masa tu ...



:: Sebuah kisah untuk renungan ...

 Aku kongsikan sebuah kisah untuk kita semua hayati dan kita renung-renungkan bersama,... 


Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

"Pakcik yang membunuhnya," kata seorang tua yang berada di situ. "Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati."

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas.

Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum."

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, "Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat."

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, "Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim." Kemudian katanya lagi, "Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat."

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: "Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat."

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, "

Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin."

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,"Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.