Monday, January 31, 2011

:: Gatal lagi...

Aduhai.. tak ada kerja cari kerja.. dah elok nak tukar2 lagi.. haru betul la.. padan muka !!! huhuhu
Aku gatal tangan nak tukar template blog.. tak jadi... ini lah hasil nya... huwaaaa........ nampak buruk.. 

Sunday, January 30, 2011

:: Tolong ingatkan aku ....

Hujan renyai belum berhenti... indah saat ini bila terkenang zaman kanak2 di rumah nenek... Bila hujan turun, harus berperang dengan nenek sebab nak main payung dalam hujan diluar rumah.. " dah tu beli payung nak buat apa? kan ni hujan, bagilah payung tu .. " itu suara tak puas hati aku pada nenek... sampai sudah dia tak bagi aku main payung tu... dan sekarang penyakit minta payung bila hujan dah berjangkit pada si hero aku yang lasak sgt tu.. 

Banyak sungguh kenangan aku dengan hujan.. sebab tu aku suka sangat bila hujan.. kalau dekat rumah lagi la aku suka.. termenung di tepi tingkap, lihat titis titis hujan mengungkit seribu memori zaman silam... aku rindu pada  indahnya hujan dikampung nenek... 

Dan bila usia mengingak remaja, sudah mula berkerja , hujan turun aku masih mandi hujan dilaman rumah saat pulang dari kerja.. dan bila hujan malam , aku tak segan silu berlari ketaman permainan , bermandi hujan disana.. seronok waktu itu, aku tak fikir apa2 .. enjoy.. aku tak perlu fikir apa orng akan kata, tak perlu risau ada yang mengata.. sebab waktu itu otak aku masih muda, tak perlu beban untuk fikir2 benda yang tak perlu aku fikir.... aku hanya buat apa yang aku rasa aku ingin buat... 

Tapi sekarang , aku harus berubah selari dengan peningkatan usia.. aku perlu seseorang yang akan selalu ingatkan aku saat aku tersasar.. bukan kondem aku, bukan mengata aku, bukan tiba2 masam muka bila aku tersalah arah.. tolong ingatkan aku saat aku tersasar !!!

:: Happy Anniversary..

27th January yg lepas, genap 6 tahun kami berumahtangga... kejap je masa berlalu.. rasa macam baru semalam aku kenal dia.. tup tup dah 6 thun bersama dan 11 tahun aku kenal dia.. 
Tiada apa yang aku harapakan melainkan sebuah kebahagian yang lahir dari hati yang ikhlas dari seorang suami utk isteri.. Semoga kesabaran dan ketabahan sentiasa mengiringi perjalanan rumahtangga aku dan dia..
Bukan sikit ranjau berduri yang aku lalui, itu adat resam, asam garam dalam hidup suami isteri.. bukan sekali kesabaran diuji, itu ujian tuhan utk aku... 
Untuk suamiku, moga jodoh kita masih dipanjangkan, moga kebahagiaan sentiasa menanti untuk kita..Dan semoga hanya aku yang masih dihati mu... 
Happy anniversary ... !!!!

Thursday, January 27, 2011

:: Flaming Steamboat ..


 Server kat office ni tetiba je down.. heheeh..apakah maknanya ??? hohohoho... maknanya kawan2 semua, aku boleh update blog.. :)
Hari tu aku pergi pekena steamboat kat sunway.. dah lama perap, hari ni baru nak keluarkan ..

 antara bahan untuk dihadap ..seafood .. fresh lagi..

segala macam sos... sedap..

 buah.. kat belakang tu sayur..ada telur puyuh jugak.. 

 ni spesis bebola tu la... macam2 ada.. 

 ikan apa aku tak tau.. 

 ada tomyam n sup.. dua2 aku suka..

 yummy yummy...

 
comel kan ... sedap jugak..

aku suka ni.. yummy yummy gitu...

ABC yang aku buat sendiri.. bahan2 nya suka hati nk letak apa...
 
 
oke, itu dulu buat masa ni.. nak balik dah.. esok aku singgah tempat korang ye.. :)

Wednesday, January 26, 2011

:: Busy ...

As salam ... musim busy kembali lagi.. so, macam biasa, tak sempat nak bw, tak sempat nak balas komen, tak sempat nak jenguk yang menjerit kat s/box..
Walaupun aku tak pergi tempat korang, korang jangan lupa aku disini ye... aku masih ada.. hehehhe...
Oke la ye, aku sambung kerja... sila rindu rindu kan aku ye... :)





p/s :- aku rindu nak g blog korang ....

Tuesday, January 25, 2011

:: Happy Birthday afiq ...

Sepatutnya n3 ni keluar semalam .. Tapi sebab semalam tak sempat, so, keluarlah hari ini .. aci redah je lah kan.. 
Semalam 25 jan, tepat jam 2.19pm tahun 2007, selamat lah Afiq Zulkarnain melihat dunia.. dipendekkan ayat, semalam birthday afiq yang ke 4.. 
Tak sempat nak celebrate pun lagi, hujung minggu ni kut belikan dia kek. semalam dah cakap ngan afiq, nnt nak belikan dia kek.. tahun lepas dia celebrate kat taska... Tahun ni ingat nak buat kat kampung je.. sekali harung dengan majlis tunang adik aku .. 
Semoga afiq jadi anak yang baik, yang menyenangkan hati ummi, yang sentiasa membahagiakan ummi..aminn

Ini gambar afiq celebrate besday tahun lepas kat taska..


Monday, January 24, 2011

:: isnin yang penuh cerita ..

As salam.. morning... 
Semalam berlalu dengan banyak kisah.. haru biru aku jadinya.. ada yang manis, ada yang penuh debar, ada yang haru.. !! 
kisah pertama bermula diawal pagi,. cermin kereta rosak.. aku buka dan lansung tak leh tutup dah.. nasib baik buka sikit je.. nak tambah cerita, hujan pulak satu hari semalam kat sini... sekejap lebat sekejap renyai.... nasib baik tak banjir dalam kereta aku semalam.. 

Kisah kedua, pagi.,meeting dengan aku punye G.M pasal kes mangkuk ayun 3 orang kat office ni.. Dan aku dapat good news.. mangkuk bertiga tu dah di terminate.. aku dah cerita pasal ni kat n3 pahit dah manis ..

Kisah ketiga, aku semalam lansung tak bawak I.C dan Lesen kereta.. walayehhh.. masa nak balik tu ada pulak polis duk tahan lori .. aduh, cuak aku.. apa2 pun tak ada...  i.c tak ada, lesen tak ada.. Nasib baik la duit aku dah selitkan dalam dashboard untuk isi minyak, sebab minyak dah naik lampu.. kalau tak confirm kereta aku tersadai tepi jalan semalam.. minyak ngam-ngam sampai kat stesen petronas je.. 

Kisah ke4, terjadi masa aku dah on the way balik.. hujan renyai2.. kereta depan break emergency kat traffic light.. memang dah hijau tapi sebab kat depan pun dah tak leh jalan, so kereta tu pun break dah, aku yang follow belakang ni dah tentu kena break.. masa aku break tu aku pandang cermin belakang.. sebuah motor datang.. laju... dan , streettttttttttt... berdegang........ aku ingat dia langggar kereta aku.. tapi tak.. dia nak mengelak, tapi ada pulak motor lain langgar dia.. dan berdegung degang la dengan 3-4 buah motor lain.. nampak macam teruk jugak la... dah bertindih tindih motor tu sesama sendiri.. kesian.. tersirap darah aku, aku dah menggigil dalam kereta.. dah la aku drive sorang.. rasa nak menangis pun ada beb....

Itu lah kisah dihari isnin aku.. penuh haru biru.. ...