Thursday, June 14, 2012

:: Cinta facebook...




Persoalan yang mudah. Jawapan yang rumit. Apa kata korang semua. Mari kongsi sama-sama kalau sudi.

Semua ada facebook kan. Boleh bilang dengan jari siapa yang tak de.. Boleh ke? boleh la kut...Kisahnya begini.. errr...tak reti nak huraikan la pulak...hadoiii...

Ringkaskan cerita , cinta facebook. Anak gadis dengan suami orang.. bercinta hanya difacebook..dan kemudiannya melarat ke sms dihenpon.. tapi tak pernah berjumpa.. sebab jauh, sorang di malaysia, sorang di indon..cuma sms jiwang-jiwang, rindu-rinduan...

Persoalannya yang bermain diminda, siapa harus disalahkan? Sisuami atau sigadis itu ? Salahkan sisuami yang gatal  iye lah jugak, salahkan sigadis yang melayan atau menggoda sisuami?

Difacebook sisuami dah terang-terang statusnya "married with..." . Dan photo keluarga berlambak kat "photo"..

Jadi, sigadis kah yang gatal, sengaja membuat huru hara rumahtangga orang atau sisuami yang terlalu pandai menabur ayat power?




pst, jangan tanya aku siapa sisuami itu dan sigadis itu.. kamu-kamu yang pernah terlibat dengan suami orang, fikirlah, kamu juga perempuan.. jika perempuan tak memahami hati perempuan, siapa lagi...
lainlah kalau memang ditakdirkan kamu berjodoh dengan suami orang..
hanya Allah yang menentukan...






Tuesday, June 12, 2012

:: Wordless Wednesday .. 1





Hanya kita yang tahu erti bahagia.. Tak sama bahagia kita dengan bahagia orang lain..Ada bezanya.. Syukurlah dan berbahagia kita seadanya kita.. 



Monday, June 11, 2012

:: kena paku la pulak...



kaki Afiq kena paku..teruk jugak la.. betul-betul kat tapak kaki..

Tapi dah spesis ta reti duk diam, tak boleh jalan, dia merangkak.. memang tak duk diam..

Sekolah nampak gaya nya cuti dulu untuk 2-3 hari...

Susah jugak nak layan kerenah dia bila dia sakit nih... mengada-ngada lebih la pulak.. layan je lah...




broadband slow giler, tak boleh nak blogwaking buat masa ni.. boring jugak...


Wednesday, June 6, 2012

:: Diam....

Diam...

Sering kali aku terdiam dalam banyak hal..
Hal yang tak pernah aku redha..
Seringkali "diam" aku disalah erti..

Entah..
Penat.

Syhhh... aku memang penat..

Jalan aku lalui masih berliku
Mana arah harus dituju, aku masih buntu..
Masih berada disimpang jalan..
Kiri dan kanan, harus kemana aku?


Diam aku bukan kalah...
Diam aku bukan rela...

Diam aku mencari ketenangan
Diam aku menjunjung maruah
Diam aku menahan duka
Diam aku kerana hati-hati kecil itu, perlu aku bajai...




:: Dah ok ..





Komputer rosak.. baru ok.. baru boleh update blog..