Monday, June 11, 2012

:: kena paku la pulak...



kaki Afiq kena paku..teruk jugak la.. betul-betul kat tapak kaki..

Tapi dah spesis ta reti duk diam, tak boleh jalan, dia merangkak.. memang tak duk diam..

Sekolah nampak gaya nya cuti dulu untuk 2-3 hari...

Susah jugak nak layan kerenah dia bila dia sakit nih... mengada-ngada lebih la pulak.. layan je lah...




broadband slow giler, tak boleh nak blogwaking buat masa ni.. boring jugak...


Wednesday, June 6, 2012

:: Diam....

Diam...

Sering kali aku terdiam dalam banyak hal..
Hal yang tak pernah aku redha..
Seringkali "diam" aku disalah erti..

Entah..
Penat.

Syhhh... aku memang penat..

Jalan aku lalui masih berliku
Mana arah harus dituju, aku masih buntu..
Masih berada disimpang jalan..
Kiri dan kanan, harus kemana aku?


Diam aku bukan kalah...
Diam aku bukan rela...

Diam aku mencari ketenangan
Diam aku menjunjung maruah
Diam aku menahan duka
Diam aku kerana hati-hati kecil itu, perlu aku bajai...




:: Dah ok ..





Komputer rosak.. baru ok.. baru boleh update blog.. 




Wednesday, May 30, 2012

:: Chim Chum @ Food Village..

As salam...

Lama dah tak update story pasal makan-makan kan.. Ni pun pergi masa pregnant ari tu.. Teringin nak makan sebab adik-adikku asyik duk citer pasal stramboat Chim Chum ni je... Akhirnya aku paksa depa semua bawak aku pi sana.. 

Gambar tak banyak sebab orang ramai + aku busy duk makan... 

Food Village ni kat Kelantan .. KB kalau tak silap aku la... Aku confuse antara KB atau Wakaf Che yeh... Aku tau makan je... 

Steamboat dia sedap.. boleh panggang atau dimasak sup... Makanan lain pun ada. Laksa lemak, Laksam, somtam, Mee celup... 

Tapi kat sini yang aku kurang berkenan adalah servis dia tak berapa nak ok..Bukan apa, pekerja dia lambat tambah stock makanan yang dah habis tu.. dah la tambah sikit-sikit... orang dah la ramai.. Bila lambat, dah jadi macam kena berebut pulak dah... 


Pintu gerbang Food Village ni... parking problem sebab tempat ni tepi jalan  , parking yang diorang sediakan boleh muat dalam 5-6 buah kete je... jadinya kalau time orang ramai tu, kena jalan jauh sikit la...


Boleh dipanggang atau dimasak dalm sup tu.. sedap ... sebab dia perap dengan rempah...


Dah habis licin... tak sempat nak snap lebih-lebih...




Tuesday, May 29, 2012

:: Permata hati baru ..


As salam...

Permata hati baru aku.. dah masuk 3 bulan pun.. hari ni baru nak tunjuk muka.. Asyik tangguh je nak buat post pasal budak kecik ni yang aku namakan, Amisha Nur Zulaikha..

Hari pertama dia melihat dunia.. Nyenyak tidur.. 


Afiq paling excited dapat baby baru.. Suka dia.. Siap minta 2 lagi..

Tak ada apa yang aku harapkan melainkan kesihatan yang baik.. Dan satu harapan aku , agar aku dapat memberi didikan yang sempurna untuk mereka nanti.. Dan anak-anak ku membesar menjadi orang-orang yang beriman...