Mereka sekampung, duduk berjiran sebelah menyebelah. Dulu sangat akrab. Maklum berjiran kan. Rapat lebih dari saudara.
Tapi sayang .. itu dulu.. Sekarang mereka bermusuh...
Ceritanya, anak kak peah diserang sakit misteri, katanya lah... sakit pelik. Lalu khidmat bomoh dicari.. Bomoh dari kampung sama... Bomoh Nik Man namanya...
Satu petang, Bomoh Nik Man datang nak ubatkan si anak...
Semangkuk air, entah air apa tak pasti, Bomoh tilik2... lantas punca penyakit ditemui..
" ada orang dengki..." katanya..
Air ditilik2 lagi...kononnya nampak yang membuat angkara..
"Orang dekat je ni.. dekat2 sini je.." katanya Bomoh penuh yakin..
Sentak seluruh family kak Peah... Anak bujang naik darah.. mengamuk bukan pada si Bomoh tapi orang yang kononya hantar penyakit pada si adik..
Suami kak Peah turut naik angin sama..Pendek kata seluruh family Kak Peah naik angin..
Esoknya, seluruh kejiranan dikampung tahu siapa sipembuat angkara.. Tak lain tak bukan jiran Kak Peah..
Kak Peah bulat2 percaya pada tilikan siBomoh.. Tak usul periksa.. A kata Bomoh, A lah kata Kak Peah laki bini...
Makanya, bermasam muka la Kak Peah dengan jirannya tu.. Tak habis setakat tu, Kak Peah laki bini turut jaja cerita kononya jirannya tu dengki pada mereka.. Hantar sihir pada mereka sekeluarga..
Bila ditanya orang kampung , jawab Kak Peah laki bini..
" Bomoh Nik Man tilik dalam air, nampak mukanya kat situ.."
Tapi orang kampung tak bodoh..tak ikut menilai dari kata2 bomoh semata2...
Sorang dua orng kampung yang geram dengan situasi fitnah memfitnah ni bersuara lantang.
" eloknya heret Bomoh Nik Man tu kemari, cuba tunjuk kat aku, mana muka yang muncul kat dalam air dia tu... bak sini aku nak tengok... "
" Dia tu nak ubatkan orng, ubatkan jelah, tak payah nak cakap orang tu buat , orang ni buat.. "
Kesian jirannya tu, tak pasal2 dituduh begitu.. orang kampung kenal dia.. mereka tau dia tak kan buat benda begitu.. lagipun apa yang Kak Peah ada sampai orang nak dengki2 ni...
Dan orang kampung juga tau Kak Peah laki bini suka pakai khidmat bomoh2 ni.. asal sakit, cari bomoh..
Dulu anak perempuannya sakit.. puas berubat.. puas jugak tuduh orang sana sini... Last2 keklinik... sakit apa aku dah lupa.. tapi anaknya tu, kena operate kat hospital..sampai sekarang sihat walafiat...
Tidakkah dia mengambil pengajaran dari peristiwa dulu ?

