Tuesday, July 5, 2011

:: Kenapa saya resign?

Kenapa saya resign? Saya jawab ye.. tapi mungkin ada yang akan kata saya ikut perasaan, saya tak profesional dan macam2 la.. Takpe, pandangan masing2 kan..

First, saya memang suka kerja sekarang sebab saya punya rakan2 kerja yang porting, boleh masuk satu kepala, dah macam family.. Dan saya tak harap pun saya akan resign mcam ni..

Tapi sebalik rakan2 yang baik, ada sesuatu yang saya tak boleh terima.. Mungkin kat sini akan nampak saya tak pro la kan..
Saya tak boleh nak kerjasama dengan boss saya.. Sebab, dia asyik kelentong customer, kelentong dealer.. lebih pada menipu.. Saya tak boleh terima sebab nya , kerja tu saya yang buat.. so, bayangkan , kalau dah boss saya tipu, saya yang tukang buat kerja ni, apa jadi ? dah tentu2 la saya yang nak menjawab dengan semua orang.. Boss saya dah lepas tangan, dia punya style , janji dia lepas , sudah.. 

Itu satu hal,.. hal yang lain lagi, dia jenis yg mengamalkan sikap perkauman, walaupun dia selalu kata dia tak macam tu..Itu saya tak berapa nak amik peduli sebab lantak dia la kan,.

Lagi , saya tak boleh terima cara dia kerja bila dengan sewenang2 dia akan sentiasa cuba untuk lepaskan diri dia dari masalah dengan meletakkan setiap masalah atas kepala saya.. sekali dua boleh saya tahan, tapi kalau dah selalu?? Bila saya tanya, dia hanya jawab, it's setel already... apa yang setel tak tau la..
Dia boss yang sentiasa lari dari masalah.... 

Saya kerja bukan dekat company yang kecil, yang cikai... saya kerja di logistics company yang no. 3 terbesar di asia tenggara.. Saya disalah satu contract logistics... tapi boss punya cara kerja , tak tau la nak cakap...

Apa yang buat saya paling terkilan, dia bukan jenis yang akan dengar cakap kita. Kalau dia kata no,  sampai sudah itu lah.. dia tak kan dengar kita punya alasan.. dia jenis pentingkan diri.. Dan paling saya tak suka, dia jenis nak tunjuk dia BOSS.. 
contoh, kalau kita ada benda nak tanya, ada masalah, nak rujuk, dan masa tu pulak ada ramai orng dekat situ, dia dengan lantangnya, dengan tinggi suaranya akan explain. walaupun dia tak  faham apa yang kita tanya.. dia akan buat maruah kita macam dipijak2.. tapi cuba kalau tak ada orang, suara dia, macam bisik dalam kelambu...

Last, banyak yang nak ditulis kalau sebab dan punca saya resign tapi inilah penyebab utama nya... Saya resign 24 jam kerana dia dah dengan tanpa alasan yang kukuh TERMINATE kan seorang pekerja bawahan dia. alasan, budak tu buat kerja slow.... kes ni buat saya sentap... Tapi kan, macam saya cakap, dia nak lepaskan diri , dia cuma pesan pada seorang exec, suruh inform budak ni, yang dia kena TERMINATE..dan katanya, bukan dia yang nak terminate budak ni, boss atas yang suruh... ohhhh...fikir logik la, mana la big boss tu tau pasal kerja2 budak tu kalau tak dari dia.... Inilah sebab aku terus taip surat resign.. 


Monday, July 4, 2011

:: Doakan saya ..

Saya nak pergi ronda2.. Bukan ronda2 makan2.. Tapi Ronda2 cari kerja. Sebab saya dah resign. 24hours notice.
So , korang semua doakan kejayaan saya hari ni. 

:: Cash terus aku dapat ..

Hari tu pergi makan dengan kawan. Aku drive. Selamat sampai kedai. Dah selamat parking.
Jalan melengang menuju kedai.
Eh, nampak motor member parking depan kedai. elok je 2 helmet landing atas motor tu.
Idea jahat datang.
Pandang2 dengan kawan sebelah ni. Senyum..Set. Idea jahat jalan.
Aku amik satu helmet. Jalan balik ke kereta.
Rasa cam dekat pulak aku parking..
Terus tekan alarm. Bunyi. buka pintu. Letak helmet.
Nampak payung kat seat belakang. Eh, ohh...ada payung dalam kereta aku rupanya..apasal la mlm tadi aku main redah hujan je. 
Tapi, eh, bila aku beli payung ? err... abaikan .. nanti balik tanya en.suami.
Tutup pintu kete.. Tekan alarm.Bunyi.
Try buka pintu, sebab dah jadi tabiat lepas tekan alarm aku cek pintu kunci ke tidak..
Huhh.. pintu boleh buka. Tutup balik, tekan alarm lagi.
Lepas tu, cek lagi. Buka lagi.. Apahal ni. alarm rosak ke..

Rasa lain macam je ni.. Buka pintu depan , belah diver. Memang lain macam.. ni bukan pewangi kete aku.. Hiasan depan tu bukan aku punya...Dan kereta ni bukan aku punya...huwarhgggggg..........
Cepat2 amik helmet.. tutup pintu. Tekan alarm.. ohhh.. siut campur sengal segala macam..
Tak pandang kiri kanan..
Dalam hati doa , jangan ada orang nampak.. Malu...
Kereta aku kat sebelah tu rupanya.. sama color, no je lain.. Hadoiii...malu weyhh... nasib baik tak terus tinggal helmet kat dalam kete tu..


Awatla tuan kete tu tak kunci dia.. kang dah kena ...
Err.. tapi tu la kan, aku nak kenakan orang.. aku balik yang terkena.. mmg Allah bayar cash terus.




Sunday, July 3, 2011

:: Alone...




Menyakitkan. Sangat.
Harus mencuba untuk bertahan.

Bangkit. 
Biar Rebah tersungkur.
Jangan langsung tak bangun. 

Biar merangkak. 
Jangan lumpuh sebelum waktunya.
Pahit.Perit.Sakit.Ada manisnya.

Jangan layu sebelum mekar.
Jangan gugur tak berkembang.



Saturday, July 2, 2011

:: When Family like a strangers ...

Akan datang satu saat bila kita akan rasa family itu seakan orang yang terlalu asing dengan kita. Seakan baru kita kenal dia semalam.Biarpun dia sentiasa depan mata. Lalui hidup hari2 dengan dia..Pasti akan tiba saat itu.. 
Masa itu , baru kita tahu hati budi dia, sikit walau tak banyak.. Dan kita akan tahu siapa kita pada dia.. Naluri kita kadang2 tak menipu, apa yang kita rasa, itu yang sebenarnya...

Kita tak mau apa yang tak sepatutnya berlaku itu berlaku.. tapi siapa kita nak halang? siapa kita senang2 nak cakap , oh.. aku tak nak ? siapa kita?? 


Masa aku lalui saat2 sukar, sering aku "hilang" dia yang sepatutnya ada disisi, berkongsi setiap masalah...
kenapa ya? susah sangat ke ?

Tak banyak yang aku minta untuk jalani hidup aku seharian.. cukup kalau ada pengertian dihati.. Mengerti setiap apa yang aku lakukan... Bertanya kalau ada keraguan.. Berkongsi setiap masalah.. Bukan membiarkan aku terumbang ambing seorang diri...

Mana sokongan saat aku rapuh? mana bantuan saat aku perlukan? Mana cahaya saat aku kegelapan ?




Monday, June 27, 2011

:: Bila masalah dah sebati...




Siang tadi , ofismate tanya aku, apakah pernah aku hadap masalah? Apa cara aku hadapinya? Aku senyum je.. aku pandang je muka dia.. Teman aku yang sorang ni, hari2 bercerita masalah hidupnya.. sampai pernah satu hari dia kata, dia tak sabar menunggu mati kerana dia sudah cukup derita...< dia bukan islam >  Dia tanya aku, apakah aku takut mati? Lalu jawapan aku , YA, aku takut mati sebab  bekalan aku belum cukup..sikit yang amat...

 Lagi dia tanya aku, apakah hidup aku tak pernah ada masalah?? Aku tarik nafas panjang,... 
Aku katakan padanya, aku tak pernah rasa sedetik tanpa masalah...sekarang ni pun aku ada masalah....yang tak pernah surutnya, yang sentiasa datang tanpa dapat ditepis..

Tanyanya lagi, apa yang aku buat? 
Oh teman, aku tak pernah minta masalah datang, aku tak pernah minta jalan hidup aku begini.. Aku pernah menyesal tapi untuk apa, bukan masalah terus hilang pun.. aku nak merungut pun pada siapa? siapa yang masih sudi mendengar ? ya, aku punya kawan, tapi setakat mana pun boleh aku cerita , ada hadnya.. 

Dia mengeluh, katanya, kenapa hidupnya banyak masalah... 
Aku katakan padanya, untuk aku yang beragama islam, itu tandanya Allah sayangkan aku.. Allah pilih aku untuk diuji, kerana setiap yang datang itu ada kemanisan yang tersembunyi.. cuma aku yang tak pernah bersyukur atas segalanya.. 

Kalau Allah sayang, kenapa Dia bagi masalah?
Kerana Allah tak kan bagi kita masalah yang kita tak mampu nak hadapi. Dia takkan bagi kita ujian diluar batas kemampuan kita...

Teman aku diam sekejap sebelum dia bertanya lagi.. Apa masalah aku?
Ohh.... masalah aku sangat rumit pada aku, sangat enteng pada pandangan orang.. dan rasanya, belum masanya aku kongsi masalah yang telah sebati dengan jiwa aku... 


Buat teman , 

Hari2 kau mengadu itu ini pada aku, seribu masalah. kadang sampai kadang tidak.. tapi banyaknya aku cuma menganguk tanda faham.. tapi kadang aku tak tau pun apa hujung pangkal cerita..
Tak kisahlah kan, janji aku dengar, janji kau senang hati..

Kadang aku jeles , aku cemburu, kerana kau mampu jugak bercerita masalah, kau ada tempat mengadu, kau ada orang yang sudi mendengar.. 
Sedang aku, hanya memendam, tak terluah.. hanya diblog menjadi tempat curahan rasa..
Bukan tak punya teman tapi iya lah, aku tak pandai mengadu masalah.. takut lain jadinya nanti... 

Aku masih punya suami, tapi seperti ada yang tak kena.. terasa seperti ada ruang kosong antara kami... ruang kosong yang aku sendiri tak mampu isi.. Dia bukan lagi pendengar setia, yang sudi untuk berbicara tentang hidup aku.. Cukup pasal suami aku.. 

Teman,
Aku punya masalah sudah sebati, sudah beku bersama perjalanan masa .. Sakit. Beban yang berat.. Tapi apa daya aku? Semua itu aku hadam bersama luka, parut dan segala beban.. Dan kini, tak perlu ditanya bagaimana aku menyelesaikan masalah hati aku, kerana ia nya tak pernah selesai, kerana aku tak pernah cuba untuk selesaikannya... kerana aku yakin dan pasti, sekali aku melangkah , aku membawa bersama hati2  insan2 yang aku sayang... dan setiap keputusan yang terlintas dihati, lintasan wajah2 mereka menyekat setiap tindakan.. ...



Thursday, June 23, 2011

:: Kelebihan Hari Jumaat ..




1. Berlakunya hari kiamat.



Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.



Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.



Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.



Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.



Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.