Wednesday, June 22, 2011

:: Cuba ummi ...

Melayan kerenah sihero kecil tidak mudah dan kadang2 agak rumit.. Memerlukan seribu kesabaran.. Tapi , ialah, itu semua akan jadi penawar kala duka kan.. Bila sesekali teringat kembali, bisa buat aku tersenyum .
 Afiq : Ummi, cuba ummi muah afiq...< sambil gesel2 badan tu, laga2 pipi>
Ummi : Ermmm...dah ..Cukup..
Afiq : Dah tu, cakap la ummi...Afiq busyuk..  
 Ummi: Wangi, bau bedak lagi... 
Afiq : Ummi, ummi jangan menipu.. Afiq busyukk.. kena mandi..< dah agak dah, nak mandi lagi.. baru mandi belum pun sampai 2 jam>
Ummi: Tak de pun... wangi lagi..baru je mandi.. Afiq lupa ek,..?
 Afiq: Ummiiiiii.... cuba lagi sekali... hahhh... busyuk kann?

Dan kesudahannya, jenuh la nak kelentong dia bagi delay dia punya nak mandi tu...  
Kadang2 bila badan penat , dia asyik bertanya itu ini, aku cuma ermm dan iyekan iyelah.. kadang tak masuk dalam kepala pun apa yang dia tanya.. Dan jadilah dialog2 yang agak sengal...heheheh.

Tuesday, June 21, 2011

:: Contengan Jalanan - Hlovate


Novel ini aku beli masa PBAKL yang lepas.. Karya Hlovate. Dah lama habis baca. Baru berkesempatan untuk share disini... 

Seperti biasa karya Hlovate memang terbaik . Jalan cerita yang mendalam maksudnya,padat dengan pengajaran. Buat kita rasa insaf. Pun begitu, ianya mudah dan santai saat membaca.. 
Ada rasa insaf, ada rasa sedih, ada juga rasa yang boleh buat kita ketawa.. 

Contengan Jalanan, kisah perjalanan  mencari erti hidup 2 sahabat dalam arah yang berbeza.. Hlovate menyedarkan kita bahawa mencari erti sebenar kehidupan ini tidak mudah, tidak juga susah. Yang penting hati yang menerima.. Carilah dimana jua, janji matlamatnya sama, mencari jalan pulang menuju Rahmat Allah..

Hati dibuai sayu saat Fend kehilangan sepupu rapatnya.. sedih . Sebuah kematian setelah pulang dan berjumpa jalan yang lurus.. 

 Contengan Jalanan bukan sekadar contengan semata.. Tapi penuh dengan pengisian.. Umpama Hlovate berdakwah melalui novel.. Cukup berkesan. Tidak terasa hipokrit saat membaca.. 


Monday, June 20, 2011

:: Suatu kebetulan yang manis ...


Kata orang , bila kita teringatkan seseorang, pasti orang tu pun akan ingat kita jugak.. betul ke? Entah.. Jangan minta jawapan dengan aku sebab aku tak tau betul atau tidak.. Yang pasti dan yang aku tau, aku pernah alaminya.. dan aku anggap ini satu kebetulan yang sangat manis.. 
Semalam , sambil lepak depan tv, mengadap laptop tanpa gangguan si hero kecik, aku layan fb, dalam kepala memang tengah fikir pasal kawan sorang ni.. Dah lama tak dengar khabar berita.. Tup tup, masuk mesej kat fb chat tu.. buat aku tersenyum sambil geleng kepala.. Macam tak percaya. Tapi ini hakikat.Bukan khayalan. Dia yang aku tengah terbayang difikiran, tetiba hantar mesej tanya khabar... wahhhh..... maniskan kebetulan yang begini..



Orang kata jugak, kalau kita rindukan seseorang, orang tu akan rindu kita lebih dari yang kita rasa.. Itu pun aku tak tau.. tapi itu pernah terjadi pada aku.. Sedang aku rasa rindu pada teman2 dimasa lalu aku, telefon berbunyi, bukan ada orang dalam kecemasan, tapi teman yang aku rindu yang call... aku tau dia rindu aku lebih sebab dia call aku, sedang aku cuma rindu tapi tak pernah call pun... dan ayat pertama dia , "kau sihat, tetiba je teringat kat kau, rindu pulak... "

Dan teori yang boleh aku simpulkan , orang akan ingat kita bila kita juga ingat orang.. errrr, ayat aku macam tak betul kan.. hentam je lah.. 
Tapi, ooo... hidup aku sentiasa ada  TAPI  .. tapi, alangkah lebih manis dan bahagia kalau orang yang aku sayang juga sayang aku seperti mana aku sayang dia.. Tak perlu lebih, cukup sayang aku sebanyak mana aku sayang dia.. Memang bahagia kan... 




Sunday, June 19, 2011

:: Buat mereka bahagia...

Hari minggu lepas Ma dan Abah datang umah aku ... Seronok betul si Afiq.. mana tak nya, ada atuk dan nenek melayan .. habis diheretnya atuk main game kat pc.. 

Aktiviti ngan abah dan ma agak padat, tak cukup masa. Hari jumaat malam tu, bawak diorang pergi ICT ..Afiq la yang seronok.. Seronok rasa bila tengok ma abah senyum sepanjang masa.. rasa happy. Bahagia.

~ inilah ma abah saya. ~

Ronda2 kat ICity sampai pagi.. Dioarang dah penat .. Balik singgah makan kat kedai mamak sebab si Afiq nak makan nasi... :)

Hari Sabtu petang tu bawak Abah pergi Bukit Jalil.. Tengok bola. Piala FA. Ma tak ikut. duk umah je.. Puas ajak, tak nak ikut .. 
Hari tu memang rezeki Abah. Ingatkan tak boleh masuk stadium dah sebab kami pergi dah petang.Dalam pukul 6 lebih dah pun.. tengok ramai orang parking kat luar.. jauh gile kalau jalan tu.. Tapi dah memang rezeki Abah kan, kitorang pusing lagi , tup2 jumpa jalan masuk parking stadium yang polis tak tutup.. Jadinya kami parking betul2 kat pintu masuk stadium.. kat belah penyokong Terengganu. 
Jalan je , ada pulak orang jual tiket . Kitorang beli je.. Tapi iya lah kan, dah parking pun kat penyokong terengganu, tiket pun belah terengganu la.. Abah kata dia tak kisah.. janji dapat masuk.. On aje. lagipun suami aku kan orang terengganu.. Sekali menang pulak Terengganu malam tu..



Hari Ahad tak pergi mana2 sebab suami aku ada kerja .. So kitorang lepak rumah je.. 


Hari isnin malam diorang dah nak balik.. bas pukul 11 malam.. Kitorang keluar awal sebab Abah cakap dia nak makan sate kajang.. so, kitorang singgah makan kat awan besar tu je lah.. nak p kajang dah tentu tak sempat.. 

 ~ Diorang cakap sedap.. nnt nak bawak diorang p kajang lak ~



Lepas makan, dah solat maghrib kat situ, kitorang terus ke KL. Ronda2 klcc lak.. lepak sana jap.. 

 Abah ngan Ma siap posing sakan lagi... Aku cakap kat Abah, tu nanti balik nak tunjuk kat orang kampung la tu.. sambil lepak kedai kopi... Abah bantai gelak je.. betul la tu.... 


Habis lepak KLCC, bawak diorang p dataran merdeka lak.. Afiq jugak yang seronok... satu padang dia berlari... puas kejar weyhh.,.. nasib baik la orang tak ramai malam tu...


 Pukul 12 diorang naik bas... Rasa lega bila semua berjalan lancar... rasa lega juga bila apa yang diorang nak , semua dapat.. puas hati walaupun poket kering terus... Masa nak balik tu, abah nak bagi duit... tapi aku tak ambik pun..  takkan la dari kecik sampai besar nak harapkan duit abah... dulu abah susah payah cari duit untuk aku, apa salahnya sekarang aku susah payah untuk dia kan..


Tuesday, June 7, 2011

:: Dilamun kenangan lagi ....

Tadi ternampak sang kancil kat tv.. entah tv mana lupa lak... Dan sepantas kilat, teringat lak kat abah.. sebab dulu2, masa aku kecik2, abah selalu cerita kisah2 sang kancil ni sebelum tidur.. kira macam bed time story la... harus setiap malam... macam2 versi abah cerita.. sang kancil dengan buaya, dengan harimau, pendek kata banyak sangat... tak pernah jemu ... ohhh.... rindu pulak zaman tu... 
 
sang kancil dengan buaya... 

sang kancil dengan gajah... 

Banyak lagi.. malas nak google.. :)



Agak2 budak sekarang tau tak cerita sang kancil ni? ermmm..... tak kut kan,.. 

Cerita pasal abah, dia nak datang umah minggu ni.. rindu kat afiq katanya... Ma dtg sekali la.. nanti nak suruh ma masak la.. dah lama tak makan nasi dagang ma buat,.. haloh la,... anak balik kampung , suruh ma masak, ma datang jenguk anak pun suruh ma masak... apa la kan,.. uishhh.. tak boleh jadi ni... oke, kita masak sama2....  :-)

Friday, June 3, 2011

:: nak buat apa hari ni??

Hari cuti cam ni, apa nak buat duduk rumah?? eh, apa lagi , kemas rumah apa yang patut... habuk dah banyak bertempak kat mana2.. kena setel apa yang patut.. lepas tu, apa lagi ... layan sikecik tu la... 

Novel ada lagi yang tak baca ni..beli dah lama... masa pesta buku hari tu lagi... oke, hari ni dan esok kita khatam novel... < khatam novel? kan bagus kalau khatam quran macam khatam novel >

Hari ni majlis bertunang ct, kawan aku.. selamat bertunang.. semoga jalan yang ct pilih ni adalah yang terbaik..sorry tak dapat dtg sebab ma n abah kata nak datang umah minggu ni... last minute tak jadi , minggu depan dtg..

Dah lama tak rasa santai macam ni... seronok...