Friday, February 18, 2011

:: Selesai sudah ...


Fuhhh, lega akhirnya, selesai sudah ... Lepas ni boleh nak buat kerja gaya gediikss santai le kiteee ... Setelah bertungkus lumus, < iye la sangat > siap jugak akhirnya kerja2 kat office ni yang bertambun tak hengatt tu .. walaweh, ini la jadahnya kalau buat kerja asyik nk bertangguh .. dah dekat nak closing baru nak terhegeh hegeh setelkan semua ... 

Penat beb buat kerja last minute ni.. asyik kena push ngan budak2 acc. je... tak suka ... kelam kabut hidupku jadinya ...

Thursday, February 17, 2011

:: Jumaat dah ...

As salam ... 
Kejap je dah jumaat kan ... seronok seronok... esok cuti.. tak nak keje esok , nak cover tido yang tak berapa nak cukup ni ... Nak layan si kecik tu je kat rumah ..kesian dia aku asyik balik lewat je sepanjang minggu ni .. 

N3 sebelum ni pasal luahan hati aku, terima kasih pada teman dan sahabat yang tinggalkan nasihat dan kata2 perangsang tu.. Sangat2 hargai... Semoga aku tabah hadapi dugaan ... !1


Wednesday, February 16, 2011

:: Aku wanita biasa ...


Aku wanita biasa ... zahirnya aku kuat, aku tabah , tapi batinku meronta ..
Sampai bila aku harus begini, terus diluka dan terluka ... 
Tak banyak yang aku pinta .. hanya satu pengertian ... hanya secebis harapan .. untuk kita ..

Dia yang takkan pernah mengerti lagi ...bahwa hati ini tak mungkin terubat lagi ..
Susah kah untuk lafazkan maaf untuk setiap kesilapan yang terbentang didepan mata ? sudah bisukah lidah ? sudah gelapkah hati ? 

Aku wanita biasa ... yang bisa hidup sendiri andai itu takdirnya ... aku juga bisa berdiri tanpa tongkat untuk bertahan ...
Setinggi langit ego mu kini... puaskah kau lukai ku ? Puaskah hatimu khianati kepercayaan ku? 
Adakah mungkin bila aku mati, kau akan menoleh padaku lagi....?



Tuesday, February 15, 2011

:: Dia ni kan .....

Semalam,  terserempak dengan kawan aku yang sorang ni, lelaki, kawan en. suami aku jugak la ... Dia buat muka terkejut tengok aku...Apahal la pulak la mamat ni, aku cakap dalam hati la.... aku pandang dia , dia pandang aku.. siap kerut kening tu ... Aku tanya dia, apahal ?Dia buat muka pelik ,,, lagi la aku confius , then dia tanya ," ko tak naik motor ngan zul dah ke ? Aku nampak zul bawak budak pompuan hari tu.."
Aku sengih je.. malas nak amik port ... sambil jalan aku pandang dia .. tp tgk muka dia seruis bebenor, aku stop kejap, pandang dia ...dia tanya lagi " siapa yang selalu zul amik petang2 tu ?" 
oooo... itu yang dia nampak rupanya ... aku jawab , " itu adik aku la, practikal kat JVC..petang memang zul yang amik dia ..."
Then , dia sengih panjang, tepuk dahi.... " aku ingat ko dah kurus, terkejut aku ... hahahaha "
Hadoiiiii mak... sentap aku weyhhh.... memang la adik aku tu ada iras iras aku sikit .. Mamat tu pulak dah lama kenal aku, dari zaman aku kurus slim lagi... tak mustahil la kut dia boleh cakap cam tu ... 
Balik rumah, aku berdiri depan cermin, tak ada la gemuk bebenor pun ... cuma mungkin gemuk dari dulu kut... heheehhe...pasni memang kena control makan .... 
Kawan2 , jangan buat plan nk g makan2 lagi ye .....

Monday, February 14, 2011

:: Salam Maulidur Rasul ...


Salam maulidur rasul untuk semua sahabat yang beragama islam.. esok korang cuti kan ? aku kerja beb ... mencikkk.... :(
Esok boleh la kalau korang nak celebrate ke nak apa ke ... tapi buat la dengan cara yang betul, jangan korang pi celebrate kat mana mana tempat yang bukan bukan... jangan angkut anak dara orang p masuk ceruk mana mana... 
Bersama lah kita banykkan selawat keatas Nabi .. semoga kita mendapat keberkatan ...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


~ sumber dari Wikepedia ~

Sunday, February 13, 2011

:: 14 Feb ..?

Semua tau kan , ada apa dengan hari ini, 14feb .. terutama anak anak muda belia, pasangan bercinta ... bohong ah kalau korang korang geleng kepala. ... tepuk dada tanya selera oke...
Valentive day, bukan untuk kita yang beragama islam, sudah terang lagi bersuluh, mengapa harus kita buat buat tak tahu, pura pura tak nampak ??
Boleh nak berkasih sayang, tapi kenapa mesti kita agungkan Valentine daya, sampai harus disambut dengan segala bagai program? 
Tunjukkan kasih sayang dengan jalan yang betul, tak salah bercinta, tapi ikutlah tata cara, adat resam kita sebagai orang islam.... bercinta lah selagi korang mampu, asalkan tidak menyimpang ..


Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.  ( ( (Sumber dari Sunah )

:: Tak cantik ???

Afiq, si hero kesayangan dah pandai melaser skarng ni... layan dia kadang-kadang boleh bikin hati tersentap sikit ... mcm2 dia skrg.....ini yang terbaru..pagi tadi, didapur rumah aku la lokasinya...

Afiq : ummi masyak apa ?
Aku : cekodok...
Afiq : Cekodok apa ? < dia dah jenguk cekodok yang dah masak dalam piring >
Aku : cekodok bilis je ...
Afiq : Hah !!!, ini kenapa tak cantik ni ??? < dia dah tunjuk kat cekodok yang hangit sikit >
Aku : Apa tak cantik, dia garing sikit la ... 
Afiq : Tak la... ni tak cantik ni mcm ni .. apa la ummi ni, buat cekodok tak cantik ... < sambil berjalan keluar, dia duk pot pet pasal cekodok aku yang tak cantik tu ....>

~ wajah kesayangan aku ~
Aduhai afiq, layan kerenah dia buat aku tersenyum sendiri... Macam mana la nanti kalau aku terpaksa hidup tanpa dia ... malam2 bila dia tidur lena, aku pandang wajahnya .. sayu rasa hati ...