Wednesday, October 27, 2010

Malu ahh...

Malu eh...baru perasan ...eh bukan, dah tgk semalam...tapi cam tak caya je...tgk balik...eh betul la... :-)

Betul la, blogger hebat follow blog ni weyh...Malu la wey, tapi mahu....
Iye la...malu la, blog ni teramatlah buruk...
Umpama VVIP nak datang umah, tapi umah korang buruk je...Haa .. cam tu la perasaan aku dikala ini,..
ehh, terover la pulak...

Tapi betul beb, teruja sangat bila en.ben singgah and follow sini... senyum sepanjang hari, tidur malam pun mimpi indah... :-)



~ image from google ~

Shopping Jom ...

Morning semua...
Korang semua dah dapat gaji kan ??
Jom kita serbu warehouse sale ni...

Bermula semalam 27/10/10 sampai 31/10/10 ...
Apa lagi korang yang duk area shah alam, k.l tu meh le kita serbu ...

Tuesday, October 26, 2010

Nak pergi, tapi tak boleh ...

Kelantan dapat masuk Final, semua orang dah tau kut... Bukan itu yang aku nak citer kat sini....
Tapi, sebab aku rasa cam frust je... sebab aku nak tgk kat stadium, tapi tak boleh....

sebab ?? tiket habis ?? bukan...

sebab budak kecik bucuk ni ha.....
kenapa sebab dia ?? ohoh... sebab dia tersangat la aktif, tak boleh nak duduk diam2...
eh, siapa dia ek ?? hihihi...itu lah dia buah hati pengarang jantung aku...

Dia memang tak akan dapat duduk diam2 dalam stadium tu... apatah lagi kalau nak tunggu 3jam kat dalam tu..

So, maknanya, aku memang kena tgk depan tv jelah.. kat umah je...

Nak buat Jahat tak ??


Semalam aku geram sangat kat member office aku ni... geram sangat2... sebab?? ohhh... dia dah jadi parasit.. Parasit ?? apa tu ?? korang fikir la sendiri ya.. tak pun nanti aku xplain kat next n3 ya...

So, apa aku buat semalam ?? Aku tanya my dear mr google la apa nak buat ...
Haaa... aku jumpa ini... Cara2 nak pedajal member offiice...
Dan aku dah buat pun semalam step yang no 1 tu... keh keh keh .... next step bakal menyusul ye...

Haaa... jangan main2 ngan aku ya...!!!


Aku jumpa ni kat Blog HujanBatu.com...
Aku nk share ngan korang jugak... yang nak jadi jahat cam aku...hahahhaha

Eh, aku minta izin dah tau ngan tuan punya blog HujanBatu nak amik ni tau... Terima kasih tuan blog HujanBatu sbb bagi izin... :)


Oke... ni la dia cara nk pedajal tu ... :-


1. Terbalikkan screen komputer!
Caranya dengan menekan Ctrl + Alt + Arrow kebawah .. haha terbalik, mungkin tak semua pc / laptop boleh buat.. tetapi pc/laptop modern kebiasaanya boleh buat. Nak betulkan balik cuma tekan Ctrl + Alt + Arrow keatas.

2. Tukarkan warna scheme kepada high contrast!
Caranya dengan menekan Shift(kiri) + Alt(kiri) + Prt Scr lihat lah semua jadi hitam putih.. nak betulkan tekan kembali key2 tadi.

3. Jadikan mouse gila!
Zaman sekarang semua mouse sudah mengunakan optik dan bukan lagi bola dibawahnya.. kalau masih gunakan bola.. tak boleh la beb.. ok ambil selotape clear  tapekan bawah mouse optik tadi.. ha jadi begong la kejap lagi mouse tu.. he he..

4. Mouse hantu!
senang install komputer mangsa dengan mouse wireless tanpa disedari.. anda control mouse  wireless dari jauh.. cuba gerakan bulat.. dan bergerak sedikit2.. keyboard wireless pun boleh juga!


Oke, selamat mencuba dan selamat berjaya ..!!!!

Lunch hari ini...


Korang lunch apa tadi ek ? Nasi ? Biasa aku pun bedal nasi gak time lunch .. .kadang2 je bedal mee, meehon dan yang sewaktu dengannya....

Lunch aku hari ni ? Malas nak taip panjang2, so meh la kita layan gambar2 kat bawah ni ....

Eh, sebelum tu, nak bagitau, aku nyer lunch menu hari ni, memang lebih dari biasa ...

Layannnnnnn............



Air ~ ni memang febret aku.. tiap kali pergi Giant memang tak lupa ni.. Cool Blog, kali ni aku pilih Mocha extra Bubble..  yang hitam tu la bubble atau pearl ... sedap.. biasa aku bedal coklat...


Popia goreng ~ 1'st time beli kat Giant ni... sedap gak la.. RM 0.80 satu.. aku beli 4 ketul....




Popia Basah ~ sama harga ngan popia goreng tu... tempat sama la aku beli, 4 ketul gak.. sedap jugak.... kat Giant sek.13 aku beli ni...




Asam ~ nenas n mangga....



Semua tu aku tapau makan kat office.. eh, bukan aku sorang la, aku berdua ngan member yang tapau semua benda ni.. tak habis pun kitorang makan..
Kira boleh share ngan budak office ni ... 

Ada lagi, mini pizza tuna, yang aku beli kat kedai kek King, n kuih.. tak sempat nak amik gambar sebab dah selamat masuk dlam.. hehehhee....


Monday, October 25, 2010

Maaf ?



Maaf ? Senang ke ?? senang... tak susah pun ... just say sorry....

Tapi , betul ke memaafkan tu sesenang bibir menuturkan kata maaf tu. ??

Bagi aku tak mudah !! .. Iya betul... boleh cakap, ok, saya dah maafkan awak... tapi ikhlas ke ?

Ada orang begitu mudah sekali memaafkan ... tahniah sebab dia punya hati yang mulia. ... :)


Aku ??

Aku lain sikit... Aku maafkan semua orang yang pernah lukakan hati aku...

Tapi ....

Aku tak kan lupa kan selagi aku masih bernafas, selagi aku belum nyanyuk , selagi aku belum hilang ingatan...

Susah sangat untuk aku lupa semua benda yang pernah dan telah terjadi... kecik atau besar.... !!

Pendek kata aku memang tak pernah lupa atas setiap apa yang telah terjadi pada aku..


Susah sangat ke ? ? 

Susah ..... sangat susah... dan ini boleh buat aku haru biru...

Memang kalau boleh aku nak lupa semua, tapi tak boleh ... !!!




Sunday, October 24, 2010

Untuk yang bercinta

 Untuk Pasangan Bercinta


Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
“Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan(kesempurnaan)iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya.” (Hadis Riwayat Al - Bukhari)








Zaman sekarang manusia terutamanya remaja sangat mengagungkan kemanisan cinta antara lelaki dan perempuan yang belum lagi menjadi mahram mereka. Mungkin ini adalah pengaruh dari cerita-cerita cinta yang mereka tonton di television atau juga kerana novel- novel cinta yang cuma angan- angan dan fantasi yang akhirnya terbawa- bawa ke realiti. Mereka tidak lagi mengutamakan cinta pada ibubapa apalagi cinta pada Allah tetapi mereka lebih mengagungkan cinta sesama manusia lelaki dan perempuan yang jelas sekali bukan mahram mereka. Bagi mereka, itulah cinta yang membawa kebahagiaan bagai syurga didunia padahal cinta yang mereka agungkan itu hanya menambah dosa. Cinta mereka tidak bersandarkan agama tetapi kerana nafsu semata- mata. Ada sesetengah mereka,setelah bercinta,mereka sanggup meninggalkan dan menderhaka ibubapa atau mungkin pada isteri,suami atau anak-anak dan lebih teruk lagi, mereka buat- buat lupa pada segala larangan dan suruhan- NYA.






1. Iblis laknatullah sentiasa menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang akhirnya membawa pasangan kekasih itu kepada awal permulaan zina contohnya berpegangan tangan,kemudian berpelukan,setelah berpelukan berani pula bercumbuan dan akhir sekali belakunya perzinaan.

 

2. Bagi perempuan, jangan benarkan lelaki yang bukan sah menjadi suamimu memegang dan memeluk tubuhmu kerana maruah adalah benteng utama wanita muslimah yang perlu dijaga. Manakala bagi lelaki pula, jangan rosakkan keluhuran seorang perempuan dan jangan biarkan diri tergoda dengan kelembutan wanita. Semailah cinta dan kasih antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal dan cantik dipandang masyarakat.


3. Cinta yang sejati adalah cinta yang dimana pasangan masing-masing akan menjaga maruah sesama sendiri sebelum nikah. Mereka malu dan takut pada Allah. Mereka tidak lupa pada cinta Allah yang telah menemukan mereka dan mereka sentiasa ingat keberadaan Allah dimana- mana. Mereka tidak melambat-lambatkan akad nikah. Mereka sabar sehingga menjadi suami isteri yang sah.


4. Lelaki dan perempuan Islam yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka tergoda dengan orang-orang yang tidak baik budi pekertinya yang membawa kepada kejahilan hati. Oleh itu cintailah pasangan anda kerana iman yang ada pada diri mereka kerana itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan dalam kehidupan yang boleh membawa kebahagian bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Bagi perempuan islam, carilah lelaki yang bertaqwa dan beriman kerana lelaki inilah yang layak menjadi suamimu yang kelak akan menjadi imam dan akan mengajarmu selok belok agama. Jangan terjebak dengan lelaki buaya yang hanya manis dimulut tetapi hatinya ingin menghancurkan benteng pertahanan dirimu yang paling berharga.

Bagi lelaki islam, seboleh-bolehnya carilah wanita yang baik budipekertinya dan bertudung. Jangan jatuh cinta hanya kerana tergoda dengan wajahnya dan bicaranya. Nilai juga keimanannya. Lelaki yang baik dan soleh tidak akan merosakkan wanita yang bakal menjadi isterinya.

~ Info dari Facebook Wanita Solehah Itu Bidadari Syurga..