Monday, October 25, 2010

Maaf ?



Maaf ? Senang ke ?? senang... tak susah pun ... just say sorry....

Tapi , betul ke memaafkan tu sesenang bibir menuturkan kata maaf tu. ??

Bagi aku tak mudah !! .. Iya betul... boleh cakap, ok, saya dah maafkan awak... tapi ikhlas ke ?

Ada orang begitu mudah sekali memaafkan ... tahniah sebab dia punya hati yang mulia. ... :)


Aku ??

Aku lain sikit... Aku maafkan semua orang yang pernah lukakan hati aku...

Tapi ....

Aku tak kan lupa kan selagi aku masih bernafas, selagi aku belum nyanyuk , selagi aku belum hilang ingatan...

Susah sangat untuk aku lupa semua benda yang pernah dan telah terjadi... kecik atau besar.... !!

Pendek kata aku memang tak pernah lupa atas setiap apa yang telah terjadi pada aku..


Susah sangat ke ? ? 

Susah ..... sangat susah... dan ini boleh buat aku haru biru...

Memang kalau boleh aku nak lupa semua, tapi tak boleh ... !!!




Sunday, October 24, 2010

Untuk yang bercinta

 Untuk Pasangan Bercinta


Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
“Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan(kesempurnaan)iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya.” (Hadis Riwayat Al - Bukhari)








Zaman sekarang manusia terutamanya remaja sangat mengagungkan kemanisan cinta antara lelaki dan perempuan yang belum lagi menjadi mahram mereka. Mungkin ini adalah pengaruh dari cerita-cerita cinta yang mereka tonton di television atau juga kerana novel- novel cinta yang cuma angan- angan dan fantasi yang akhirnya terbawa- bawa ke realiti. Mereka tidak lagi mengutamakan cinta pada ibubapa apalagi cinta pada Allah tetapi mereka lebih mengagungkan cinta sesama manusia lelaki dan perempuan yang jelas sekali bukan mahram mereka. Bagi mereka, itulah cinta yang membawa kebahagiaan bagai syurga didunia padahal cinta yang mereka agungkan itu hanya menambah dosa. Cinta mereka tidak bersandarkan agama tetapi kerana nafsu semata- mata. Ada sesetengah mereka,setelah bercinta,mereka sanggup meninggalkan dan menderhaka ibubapa atau mungkin pada isteri,suami atau anak-anak dan lebih teruk lagi, mereka buat- buat lupa pada segala larangan dan suruhan- NYA.






1. Iblis laknatullah sentiasa menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang akhirnya membawa pasangan kekasih itu kepada awal permulaan zina contohnya berpegangan tangan,kemudian berpelukan,setelah berpelukan berani pula bercumbuan dan akhir sekali belakunya perzinaan.

 

2. Bagi perempuan, jangan benarkan lelaki yang bukan sah menjadi suamimu memegang dan memeluk tubuhmu kerana maruah adalah benteng utama wanita muslimah yang perlu dijaga. Manakala bagi lelaki pula, jangan rosakkan keluhuran seorang perempuan dan jangan biarkan diri tergoda dengan kelembutan wanita. Semailah cinta dan kasih antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal dan cantik dipandang masyarakat.


3. Cinta yang sejati adalah cinta yang dimana pasangan masing-masing akan menjaga maruah sesama sendiri sebelum nikah. Mereka malu dan takut pada Allah. Mereka tidak lupa pada cinta Allah yang telah menemukan mereka dan mereka sentiasa ingat keberadaan Allah dimana- mana. Mereka tidak melambat-lambatkan akad nikah. Mereka sabar sehingga menjadi suami isteri yang sah.


4. Lelaki dan perempuan Islam yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka tergoda dengan orang-orang yang tidak baik budi pekertinya yang membawa kepada kejahilan hati. Oleh itu cintailah pasangan anda kerana iman yang ada pada diri mereka kerana itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan dalam kehidupan yang boleh membawa kebahagian bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Bagi perempuan islam, carilah lelaki yang bertaqwa dan beriman kerana lelaki inilah yang layak menjadi suamimu yang kelak akan menjadi imam dan akan mengajarmu selok belok agama. Jangan terjebak dengan lelaki buaya yang hanya manis dimulut tetapi hatinya ingin menghancurkan benteng pertahanan dirimu yang paling berharga.

Bagi lelaki islam, seboleh-bolehnya carilah wanita yang baik budipekertinya dan bertudung. Jangan jatuh cinta hanya kerana tergoda dengan wajahnya dan bicaranya. Nilai juga keimanannya. Lelaki yang baik dan soleh tidak akan merosakkan wanita yang bakal menjadi isterinya.

~ Info dari Facebook Wanita Solehah Itu Bidadari Syurga..

Thursday, October 21, 2010

Sweet Sour ~ Nasz

Hye .. !!!
Salam jumaat semua...

Nak citer pasal novel ... Sweet Sour yang ditulis oleh Nasz.. Ini karya sulung dari Nasz..memang meletop.... Best sangat .. Betul...Dekat 4-5 kali gak la aku ulang baca novel ni..

Kisah pasal Joe yang sanggup buat apa saja untuk Lia.. walaupun apa yang dia buat tu salah ...
Dan Lia yang mulanya adalah kawan merangkap buah hati Zarul, adik Joe.. 
Cerita ni masuk dalam kategori cinta lepas kawin la.. Tapi lain skit dari novel yang lain...

Korang yang sukakan novel memang harus dapatkan novel ni.. aku bagi 10/10 tuk novel ni... 

Korang boleh jugak baca sikit2 episod awal kat blog Nasz... korang terjah la sendiri ya kalau nak tahu lebih... 

Novel ni aku beli on9 kat JS.. boleh dapat sign penulis... :)


Aku suka cara Nasz bercerita... seakan membawa kita bersama...  ayat memang sempoi...

kulit depan - comel kan ??

belakang ~ sampai lunyai, mana taknye, 4-5 kali aku ulang baca...

nampak tak?? kan ada sign penulis tu.. Beli ngan JS boleh dapat..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seronok..

Ape yang seronok??
Aku nak balik awal ni... dah lama tak balik sebelum pkl 8 kat umah...
Teruja beb, kluar office tepat kul 6..

Tgk jam.... lagi 2-3 minit....
Get ready !!


Wednesday, October 20, 2010

"Sape nak hadiah free dari Paris? =)"

Hahhh??? hadiah free dari Paris??? Apakah???

Nak nak nak !!!! tolong la saya nak hadiah tu !!! tak kira nak jugak  < *_* >

Korang nak jugak??? meh terjah sini...

Betul.... aku tak tipu la... tgk ni...
 hah kan??? aku bagi bukti ni tuk korang tau...sat g kang korang cakap aku tipu lak !!

Terima Kasih daun keladi kat Ecah anak Dato' nan sbb sudi tag utk share  hadiah ni...... muah muah utk ecah... hik hik hik ....

Nak Hadiah ni ada syarat2 nye gak...

Ni ha syarat2 nye....

                                                www.nadiafarahida.blogspot.com. 

1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog.
~ done... gambar ada kat atas tu ha ~

2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.
~ oret... dah link kan ... ~

3. mnjadi follower blog ni.
~ dah follow , ke 300 ~


 4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!
 ~ nak tag mereka ni ..sebb mereka best ...~



5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.
~ oret ~

Hadiah ??? korang skodeng je lah kat blog nadia ni ek...

Harta Karun

Hye all..... utk n3 ni, aku nak share aku punya harta karun... :p
Harta karun aku la kan...apa lagi..koleksi novel aku la... rasa mcm nak buat review utk semua novel yang aku dah baca... terutamanya yang ada dalam simpanan aku la...

Aku memang hantu novel... sbb tu aku tak leh masuk kedai buku kalau aku keluar ngan kawan2 @ encik suami aku.. Sebab?? aku tak puas tgk buku kalau ada orang follow aku... :)

Tapi sekarang aku banyak order on9.. senang... dan rasanya lagi senang nak usha buku / novel yang best sekarang sebab ada website / blog penulis yang letak episod awal... senang kan?? tak ada la tersalah beli yang tak best nanti...

So far, beli on9 tak pernah kecewakan aku la.. Tempat shopping buku on9 aku?? Buat masa ni Jemari Seni nagn Kaki Novel la...


ini antara koleksi aku la... banyak jugak yang orang pinjam tak pulang balik... skarng aku dah tak bagi orng pinjam dah...


  
ini yang terbaru dalam koleksi aku...Kau Untukku tu aku dah ada sblm ni..tp hilang, kwan pinjam tak pulang... Sbb novel ni best, so aku beli yang 2nd hand punye kat blog Syira...

Oke..nnt kalau ada masa + rajin , aku update lagi pasal novel2 ni semua ek..

Monday, October 18, 2010

Hanginnn....



Aku memang hangin satu badan kalau jumpa spesis makhluk dah buat salah tak nak mengaku...
Susah ke nak mengaku salah tu??? Bukan aku nak marah dia pun...Aih, last last aku pulak yang kena...Ini sudah lebey...spesis cam tu pun ada...

Bengang aku weyy...tengah mood elok ni buat hal lak...Tau nye angin dia je..aku punya angin pun ada weyy...