Thursday, December 30, 2010

:: Memang macam ni ke...

Salam semua...Dah tidur ke ? Belum? meh tolong aku...aku tengah konpius nih...Cam ni, dulu, aku mekap blog aku ni guna browser Mozilla ... Ok je..setel la.. Tapi tadi aku buka blog aku guna IE... Ada something wrong la pulak...2-3 kali aku duk refresh..sama jugak....


 
 Cuba korang tengok tu, blog list kat side bar aku tu, jadi bertindan-tindan...tengok yang aku bulatkan pakai marker biru tu...

Lepas tu aku try buka pakai Mozilla lak...ok je pun ..Tu la aku nak tanya korang ni...memang akan jadi cam ni ke? almaklum lah , aku ni bukan pakar sangat bab2 cam ni...Kalau memang akan jadi cam ni, tak best la...ada solution tak untuk elak jadi cam ni??? iye la, bukan semua orang masuk blog aku pakai mozilla kan... kalau yang masuk guna IE tu, nampak comot la blog aku ni...huhuhuhu.....Korang ada idea tak??? korang kan bijak pandai semua....hehheeeh

Streamix lembab la malam ni...spoil je..baru nak join segmen kat blog Ben... hailaaaa.....macam la aku tak bayar bil lak...lembab kalah siput bab* baru belajar merayap....

:: confirm esok cuti...


Yesss. !!!! esok aku cuti gak...bukan korang je...hahhahaha....seronok seronok....Dan apa yang paling best ialah....Simangkuk ayun kat office ni minta aku kerja esok....Dan aku dengan berlagaknya cakap kat dia, esok aku cuti....hahahhaha.....padan muka...layan la auditor tu sendiri esok.....

Wednesday, December 29, 2010

:: Esok cuti ....


Semua tahu kan Malaysia menang Piala Suzuki..errrr, betul ke Piala Suzuki? aku tak minat n tak tahu sangat pasal bola..Yang aku tau Malaysia menang...Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih jugak.. Lepas ni cuba bolos Piala Dunia lak...:)




 Dan sebab Malaysia menang, PM dah umumkan esok cuti...yihaaaaa...ya beda beduuuu....part ni la yang aku seronok sekali...hahahah...bukan senang nak cuti mengejut cam ni.. Tapi kan,. iyeee...ada tapi disini....Tapi kan, compony aku ni... eceehhh bila lak jadi aku punye ni ...heppp, tempat aku keje la... bukan boleh kira sangat pun...entah2 esok tak cuti kat sini...aku tunggu result dari HR dulu lorrr....



Happy betul aku pagi ni beb....sebab EN.BEN dengan senang hati dan sukarela tanpa paksa rela, sudi promote blog picisan aku ni ....wahhhh....terharu mak nyah...hhahahahah..patutlah pagi tadi buka blog tengok follower bertambah lain macam gayanya...pelik aku..aku agak sesuatu telah berlaku, terus aku ke blog BA..godek2, jumpa...oooo...BA promote blog aku kat post dia yang ini....terima kasih BA, jasamu dikenang...terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi....ngeh ngeh ngeh ....

Tuesday, December 28, 2010

:: 500 blog mencari harta karun...soalan 3

Aku join lagi contest BA ni...naik juling mata belek blog...tak buat keje aku beb...
Dah ketagih ngan contest BA ni....

:: Perak - Teluk Batik

 2 minggu lepas kan aku pergi Perak...Cerita kat Perak belum habis lagi ..So ini adalah part last la... :)
Lepas kenduri , kami hala perjalanan ke Teluk Batik..Tak pernah sampai pun sebelum ni..Cantik pantai..Ombak agak kuat...Air nye bersih je..tak macam kat P.D ..

Tengok...cantik kan langit ni...ni langit Teluk Batik ye..agak mendung sikit sebab hari nak hujan...

 Semakin mendung....

Hujan kejap lebat, kejap rintik-rintik...Aku bedal je, hujan lebat pun aku duk main air gak..gambar ni adik aku amik dari jauh sebab dia cari tempat berteduh...Aku redah je sebab si cilik aku tak nak stop main kat tepi pantai tu..

 Lepas hujan ... kejap je hujan pun... Mentari muncul balik...Ni le si cilik aku tu..memang sakan dia hari tu..mula2 takut ombak..main pasir je lah dia...Tapi lepas tu, aduhai, takut aku tengok..memang tak leh lepas tangan dia, over berani pulak dah...Asyik nk ketengah air je..aku risau takut dia dibawa ombak tu...
Jenuh jugak la memujuk dia ajak balik..siap janji, lain kali datang lagi...

Memang seronok dia main pasir...berlari sakan...risau aku beb, mana tak nya , jauh dia pergi lari bari dia pusing balik kat tempat aku ni...Aku risau kang tetiba hilang lak dia .... 


Nak balik sempat lagi dia main kereta...Nak rempit katanya,..hehhehe...Ni pun jenuh jugak nak suruh dia stop.. 5-6 round gak dia duk main ni... Tak pe, abah dia tukang kuar duit...hahahhaha.....

Gambar aku?? takde beb sebab tak ada orng nak amik gambar aku...lagipun dengan budak kecik ni, mana sempat nak bergambar pun...asyik duk layan dia jek...

:: Kita amalkan bersama...

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua :-

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

:: Pergilah Air Mata ...


Lama tak review novel kan?? oke, kali ni aku bawakan korang novel "Pergilah Air Mata" karya Hanni Ramsul...Dah lama novel ni aku baca..memang puas hati.. Jalan cerita yang menarik..Kisah Sabrina dan Badrul yang tertangkap basah gara-gara Maria, kawan Sabrina.. Mayb korang rasa plot dia agak lebih kurang sama dengan novel lain...Terpaksa kahwin dan jatuh cinta..
Apa pun, corak penyampaian dan penceritaan yang berbeza menjadikan buku ini menarik...Plot sama tapi pengolahan cerita yang menarik aku untuk membaca sampai ke halaman terakhir...

Sedikit sedutan dari novel ini...info dari penulisan2u...

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

"Yang mana satu ya? Berapa orang calon yang awak ada? Awak ni kenapa? Nak sakitkan sangat hati saya ni, kenapa? Seronok ya, dapat permainkan perasaan saya? Dapat buat saya nampak macam orang bodoh? Awak ingat, selama ni, saya selalu diam. Saya selalu mengalah…awak boleh buat sesuka hati awak? Awak nak saya betul-betul benci kat awak ke? Okay. Awak dah berjaya. Tak suka awak buat saya macam ni! Tak suka, tahu tak?! Saya benci awak,"

"Kad kahwin awak. Kenapa suruh saya pilih? Pilihlah sendiri. Tak ada kena-mengena dengan saya. Kenapa awak cakap awak sayangkan saya, hah? Kenapa awak pujuk saya supaya balik pada awak, kalau awak cuma nak main-main? Saya ingat awak serius. Tapi, sekarang awak bagi saya kad ni? Untuk apa? Untuk tunjuk pada saya, awak berjaya sekali lagi lukakan hati saya? Awak memang jahat! Saya tak patut beri peluang pada awak. Saya memang bodoh! ,"

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.