Friday, June 1, 2012
Wednesday, May 30, 2012
:: Chim Chum @ Food Village..
As salam...
Lama dah tak update story pasal makan-makan kan.. Ni pun pergi masa pregnant ari tu.. Teringin nak makan sebab adik-adikku asyik duk citer pasal stramboat Chim Chum ni je... Akhirnya aku paksa depa semua bawak aku pi sana..
Gambar tak banyak sebab orang ramai + aku busy duk makan...
Food Village ni kat Kelantan .. KB kalau tak silap aku la... Aku confuse antara KB atau Wakaf Che yeh... Aku tau makan je...
Steamboat dia sedap.. boleh panggang atau dimasak sup... Makanan lain pun ada. Laksa lemak, Laksam, somtam, Mee celup...
Tapi kat sini yang aku kurang berkenan adalah servis dia tak berapa nak ok..Bukan apa, pekerja dia lambat tambah stock makanan yang dah habis tu.. dah la tambah sikit-sikit... orang dah la ramai.. Bila lambat, dah jadi macam kena berebut pulak dah...
Pintu gerbang Food Village ni... parking problem sebab tempat ni tepi jalan , parking yang diorang sediakan boleh muat dalam 5-6 buah kete je... jadinya kalau time orang ramai tu, kena jalan jauh sikit la...
Boleh dipanggang atau dimasak dalm sup tu.. sedap ... sebab dia perap dengan rempah...
Dah habis licin... tak sempat nak snap lebih-lebih...
Tuesday, May 29, 2012
:: Permata hati baru ..
As salam...
Permata hati baru aku.. dah masuk 3 bulan pun.. hari ni baru nak tunjuk muka.. Asyik tangguh je nak buat post pasal budak kecik ni yang aku namakan, Amisha Nur Zulaikha..
Hari pertama dia melihat dunia.. Nyenyak tidur..
Afiq paling excited dapat baby baru.. Suka dia.. Siap minta 2 lagi..
Tak ada apa yang aku harapkan melainkan kesihatan yang baik.. Dan satu harapan aku , agar aku dapat memberi didikan yang sempurna untuk mereka nanti.. Dan anak-anak ku membesar menjadi orang-orang yang beriman...
Tak ada apa yang aku harapkan melainkan kesihatan yang baik.. Dan satu harapan aku , agar aku dapat memberi didikan yang sempurna untuk mereka nanti.. Dan anak-anak ku membesar menjadi orang-orang yang beriman...
Saturday, May 26, 2012
:: Aku rindu dia ..
Aku rindu dia.. Aku rindu mereka-mereka yang pernah menghiasi hari-hari suka dan duka aku.. Sungguh, aku rindu kamu-kamu semua...
Paling ku rindu, dia yang jauh dimata... Semoga dia juga merinduiku...
Dear, semoga dikau tak pernah berubah dari sejak hari pertama kita berkenal mesra...
~ mood : rindu, sebab tadi teman lama telefon setelah kian lama menyepi ~
:: Harumnya ...
Aku suka bau rumput... harumnya memang semulajadi... rasa segar. Lagi-lagi kalau rumput baru dipotong.. ermmm, semerbak harumnya..
Pagi tadi abah potong rumput.. Aku buka semua tingkap rumah. Biar harumnya yang segar tu meresap masuk kedalam rumah.. Biar kesegaran terasa..
Kawan aku kata , aku macam kambing, suka rumput... biarlah.. yang penting, bau rumput tu buat jiwa aku rasa segar, nyaman, tenang...
Friday, May 18, 2012
:: "1st Giveaway By Iena Eliena"..
As salam...
Hari ni jadi rajin nak join GA dari Eina Eliena ... Tambah pulak hadiah nya memang meletop...
Kalau nak join , redahlah blog cik Iena ye...klik kat gambar atas...
Saya join sebab Cik Iena yang invite sendiri, tak ada orang tag saya pun..:)
Semua syarat2 dah buat... Harap ada rezeki nak menang hadiah2 ni :-
Hari ni jadi rajin nak join GA dari Eina Eliena ... Tambah pulak hadiah nya memang meletop...
Kalau nak join , redahlah blog cik Iena ye...klik kat gambar atas...
Saya join sebab Cik Iena yang invite sendiri, tak ada orang tag saya pun..:)
Semua syarat2 dah buat... Harap ada rezeki nak menang hadiah2 ni :-
Top Referral
- Busana Muslimah daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 100 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
Tempat Pertama
- Domain + own domain email selama setahun
by Nahrinet
- Busana Muslimah Daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 200 ++
- Dua Helai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)
Tempat Kedua
-Busana Muslimah Daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 200 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)
Tempat Ketiga
-Busana Muslimah Daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 100 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)
Aku nak tag mereka2 ni untuk sama2 memeriahkan lagi GA ni..:-
Mama Gee
Kancil
ecah
ciktom
lina
dan semua yang baca entry ni..:)
Mama Gee
Kancil
ecah
ciktom
lina
dan semua yang baca entry ni..:)
Wednesday, May 16, 2012
:: Bersiaran lagi...
Seminggu lebih rasanya aku tak update blog... computer rosak .. baru ok je ni..
Ada cerita nak dikongsi tapi bila nak taip, lupa terus...
Hati tengah tak keruan.. tak tenang... tengah fikir apa harus dibuat....strategi apa nak diguna pakai..
Macam nak berperang la pulak.. tapi itulah, peperangan untuk memenangi kebahagian... semoga aku berjaya...
" Lebih baik aku menangis kerana kamu berterus terang daripada aku tersenyum tapi kamu berbohong"
Subscribe to:
Posts (Atom)




