Wednesday, May 16, 2012

:: Bersiaran lagi...


Seminggu lebih rasanya aku tak update blog... computer rosak .. baru ok je ni.. 

Ada cerita nak dikongsi tapi bila nak taip, lupa terus... 


Hati tengah tak keruan.. tak tenang... tengah fikir apa harus dibuat....strategi apa nak diguna pakai.. 

Macam nak berperang la pulak.. tapi itulah, peperangan untuk memenangi kebahagian... semoga aku berjaya... 





" Lebih baik aku menangis kerana kamu berterus terang daripada aku tersenyum tapi kamu berbohong"


Thursday, May 3, 2012

:: Al fatihah.. bob kuman..


Salam...

Dapat berita dari facebook rakan, Bob kuman dah kembali ke rahmatullah.. 

Al fatihah untuk arwah.. semoga rohnya  dirahmati dan dikalangan orang-orang beriman..





:: Buang word verify kat comment ...



Tutorial ni untuk Amirah.. Dia minta tolong ajarkan cam mana nak buang word verify kat comment tu.. 

1) step ni untuk yang lama punye version.. Tak tau la Amirah pakai yang version lama atau baru..

Aku tak pandai nak terangkan detail.. So, boleh tengok kat gambar bawah ni..lagi senang kan..


 1. Sign in dulu.. pergi kat dashboard.. Klik kat setting.. 


 2. Lepas tu klik kat comment..



3. Bila klik kat comment tu, akan keluar banyak benda kan, scroll bawah sampai jumpa Show word verification.. Ha, kat situ klik "no".. Tengok gambar atas untuk lebih faham.. 
Lepas tu, boleh save.. 



2) Step ni pulak untuk version baru..kalau tak silap aku la..


1. Tengok je gambar atas tu.. tak nampak klik gambar untuk besarkan..:)



2. klik kat Post and comment tu..


3. bila dah klik akan keluar macam gambar atas .. Cari show word verification.. kat situ klik la "no"..
Ha, dah sudah save la setting tu...

ok Amirah, ini je yang saya boleh bantu.. harap dapat membantu la kan.. 



Tuesday, May 1, 2012

:: 'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'..




Petang-petang begini terasa rajin lak nak join GA..  Dianjurkan oleh cik mala sempena hari guru nanti.. 

Antara syarat penyertaan adalah kena buat ucapan terima kasih pada guru tersayang..

Syarat lain sila ke blog cik mila ...

saya tag semua orang yang baca n3 ini... :)
Nak join, klik gambar kat atas..

ok, ini ucapan saya untuk cikgu yang pernah mengajar saya..


Assalamualaikum, 
Buat cikgu yang pernah mengajar saya mengenal huruf, mengenal warna, mengenal liku-liku hidup alam persekolahan, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan..
Cikgu ibarat ibu dan bapa saya disekolah. Tabah dan sabar melayan karenah yang bermacam ragam. Tekun dan penuh azam mendidik saya dan rakan-rakan untuk menjadi orang berilmu..
Jasa cikgu takkan mampu terbalas oleh kami, anak-anak murid cikgu. Dan cikgu tak pernah minta balasan.. Memang cikgu dapat gaji setiap bulan... tapi gaji cikgu masa tu untuk ajar kami waktu persekolahan tidak termasuk kelas tambahan yang cikgu buat lepas waktu sekolah.. 
Cikgu tak pernah merungut bila kami minta adakan kelas tambahan.. Cikgu tak pernah minta bayaran..
Cikgu tak marah bila kami ketuk pintu rumah cikgu bila tiba musim nak exam.. Cikgu jemput kami masuk dengan senang hati...Cikgu siap sediakan kami makanan... 
Terima kasih cikgu...



Monday, April 30, 2012

:: Selamat Hari Buruh ...







 Selamat hari buruh kepada semua sahabat dan rakan taulan yang berkerja... 

errr, rasanya semua kerja kan, surirumah pun kerja jugak, dapat "gaji" dengan tidak je.. kalau surirumah tak kerja, siapa yang duk buat kerja kat rumah tu ?

So, selamat bercuti untuk semua orang...



Sunday, April 29, 2012

:: Segmen : Miss Z Cari Blogger ..





 Jom Join segmen Miss Z, berminat nak join klik je lah gambar kat atas tu.. 

Miss Z cari blogger nama segmennya.. menarik kan segmen tu.. blogger cari blogger.. boleh kenal lebih ramai lagi blogger, tambah kenalan di alam maya ni... 


tarikh tutup segmen 6 may 2012, jam 11.59malam...