Thursday, May 3, 2012
:: Buang word verify kat comment ...
Tutorial ni untuk Amirah.. Dia minta tolong ajarkan cam mana nak buang word verify kat comment tu..
1) step ni untuk yang lama punye version.. Tak tau la Amirah pakai yang version lama atau baru..
Aku tak pandai nak terangkan detail.. So, boleh tengok kat gambar bawah ni..lagi senang kan..
1. Sign in dulu.. pergi kat dashboard.. Klik kat setting..
2. Lepas tu klik kat comment..
3. Bila klik kat comment tu, akan keluar banyak benda kan, scroll bawah sampai jumpa Show word verification.. Ha, kat situ klik "no".. Tengok gambar atas untuk lebih faham..
Lepas tu, boleh save..
2) Step ni pulak untuk version baru..kalau tak silap aku la..
1. Tengok je gambar atas tu.. tak nampak klik gambar untuk besarkan..:)
2. klik kat Post and comment tu..
3. bila dah klik akan keluar macam gambar atas .. Cari show word verification.. kat situ klik la "no"..
Ha, dah sudah save la setting tu...
ok Amirah, ini je yang saya boleh bantu.. harap dapat membantu la kan..
Tuesday, May 1, 2012
:: 'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'..
Petang-petang begini terasa rajin lak nak join GA.. Dianjurkan oleh cik mala sempena hari guru nanti..
Antara syarat penyertaan adalah kena buat ucapan terima kasih pada guru tersayang..
Syarat lain sila ke blog cik mila ...
saya tag semua orang yang baca n3 ini... :)
Nak join, klik gambar kat atas..
ok, ini ucapan saya untuk cikgu yang pernah mengajar saya..
Assalamualaikum,Buat cikgu yang pernah mengajar saya mengenal huruf, mengenal warna, mengenal liku-liku hidup alam persekolahan, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan..Cikgu ibarat ibu dan bapa saya disekolah. Tabah dan sabar melayan karenah yang bermacam ragam. Tekun dan penuh azam mendidik saya dan rakan-rakan untuk menjadi orang berilmu..Jasa cikgu takkan mampu terbalas oleh kami, anak-anak murid cikgu. Dan cikgu tak pernah minta balasan.. Memang cikgu dapat gaji setiap bulan... tapi gaji cikgu masa tu untuk ajar kami waktu persekolahan tidak termasuk kelas tambahan yang cikgu buat lepas waktu sekolah..Cikgu tak pernah merungut bila kami minta adakan kelas tambahan.. Cikgu tak pernah minta bayaran..Cikgu tak marah bila kami ketuk pintu rumah cikgu bila tiba musim nak exam.. Cikgu jemput kami masuk dengan senang hati...Cikgu siap sediakan kami makanan...Terima kasih cikgu...
Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
Tuesday, April 24, 2012
:: Angkara bomoh ..
Mereka sekampung, duduk berjiran sebelah menyebelah. Dulu sangat akrab. Maklum berjiran kan. Rapat lebih dari saudara.
Tapi sayang .. itu dulu.. Sekarang mereka bermusuh...
Ceritanya, anak kak peah diserang sakit misteri, katanya lah... sakit pelik. Lalu khidmat bomoh dicari.. Bomoh dari kampung sama... Bomoh Nik Man namanya...
Satu petang, Bomoh Nik Man datang nak ubatkan si anak...
Semangkuk air, entah air apa tak pasti, Bomoh tilik2... lantas punca penyakit ditemui..
" ada orang dengki..." katanya..
Air ditilik2 lagi...kononnya nampak yang membuat angkara..
"Orang dekat je ni.. dekat2 sini je.." katanya Bomoh penuh yakin..
Sentak seluruh family kak Peah... Anak bujang naik darah.. mengamuk bukan pada si Bomoh tapi orang yang kononya hantar penyakit pada si adik..
Suami kak Peah turut naik angin sama..Pendek kata seluruh family Kak Peah naik angin..
Esoknya, seluruh kejiranan dikampung tahu siapa sipembuat angkara.. Tak lain tak bukan jiran Kak Peah..
Kak Peah bulat2 percaya pada tilikan siBomoh.. Tak usul periksa.. A kata Bomoh, A lah kata Kak Peah laki bini...
Makanya, bermasam muka la Kak Peah dengan jirannya tu.. Tak habis setakat tu, Kak Peah laki bini turut jaja cerita kononya jirannya tu dengki pada mereka.. Hantar sihir pada mereka sekeluarga..
Bila ditanya orang kampung , jawab Kak Peah laki bini..
" Bomoh Nik Man tilik dalam air, nampak mukanya kat situ.."
Tapi orang kampung tak bodoh..tak ikut menilai dari kata2 bomoh semata2...
Sorang dua orng kampung yang geram dengan situasi fitnah memfitnah ni bersuara lantang.
" eloknya heret Bomoh Nik Man tu kemari, cuba tunjuk kat aku, mana muka yang muncul kat dalam air dia tu... bak sini aku nak tengok... "
" Dia tu nak ubatkan orng, ubatkan jelah, tak payah nak cakap orang tu buat , orang ni buat.. "
Kesian jirannya tu, tak pasal2 dituduh begitu.. orang kampung kenal dia.. mereka tau dia tak kan buat benda begitu.. lagipun apa yang Kak Peah ada sampai orang nak dengki2 ni...
Dan orang kampung juga tau Kak Peah laki bini suka pakai khidmat bomoh2 ni.. asal sakit, cari bomoh..
Dulu anak perempuannya sakit.. puas berubat.. puas jugak tuduh orang sana sini... Last2 keklinik... sakit apa aku dah lupa.. tapi anaknya tu, kena operate kat hospital..sampai sekarang sihat walafiat...
Tidakkah dia mengambil pengajaran dari peristiwa dulu ?
Subscribe to:
Posts (Atom)








