Tuesday, April 10, 2012

:: Dalam kenangan selamanya...


9 tahun, satu tempoh yang agak lama.. Bermacam dugaan aku tempuh.. Berbagai ragam manusia aku hadap.. Dari Feb 2000 sampai May 2009, cukup untuk mematangkan aku, cukup bekal untuk aku keluar ketempat lain..
Ucm Ind Corp, tempat yang cukup bersejarah untuk aku... tempat kerja yang paling lama aku bertahan, 9 tahun !!
Disini, bak kata boss aku, kita masuk sini dengan zero, tapi kita keluar dengan penuh ilmu.. kita masuk  merangkak, tapi kita keluar berlari...

Banyak pengalaman aku disini.. terlalu banyak episod suka dan duka.. Boleh aku katakan, ucm mengajar aku menjadi manusia yang penuh warna.. 
Disini  tumpahnya cinta, cemburu, airmata, irihati, hasad dengki, bahagia dan gelak ketawa.. 

Cinta hati aku bersemi disini... ucm menjadi saksi pelbagai dugaan dan rintangan, menjadi saksi segala pujuk rayu... Disini ada duka dan luka yang terpahat kukuh dihati... Tinggal kesan hingga kesaat ini..Pelbagai sejarah tercipta disini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak pernah aku menduga, ucm akan mengalami kerugian setelah berpuluh tahun beroperasi... Tapak office dan kilang akan dijual.. 

Aku keluar dari ucm tahun 2009, ( vss ) dan tahun 2012, tapak office akan dijual...( klu tak silap )
Rasa sedih dan terkilan sebab disini segalanya bermula.... 
Seakan masih baru semalam aku disana... dan tak lama lagi segalanya mungkin sudah tiada lagi...






Majlis perpisahan pada tahun 2009, tak semua pekerja yang terlibat dengan vss.. masih ada sebilangan kecil pekerja yang tinggal...



Dulu ....

 Dan kini ...
< Didepan guard house nilah husband jatuh cinta pandang pertama kat aku... :P >








Monday, April 9, 2012

:: Hujan ..


~ image dari google~

Kat luar hujan renyai2. Sejuk dan nyaman rasanya. Dulu2 kalau time hujan cam ni, harus berkubang kat tengah 2 laman rumah tu.. Dan harus jugak lepas tu kena marah dengan Ma. Dan silap2 hari bulan harus jugak kena rotan. 
Indah bila dikenang balik.. Sekarang time hujan cam ni, duk termenung tepi tingkap.. layan angan2.. terkenang semua benda yang pahit dan manis.. Dan terasa jugak macam nak mandi hujan.. Ni kalau redah jugak mau Ma Abah aku pengsan tengok aku duk berkubang tengah hujan... hehheehhe


~Kadang-kadang berangan boleh buat jiwa jadi bahagia tapi jangan sampai masuk hospital bahagia sudah~

Sunday, April 8, 2012

:: Akhirnya ...



Fuhhhhhh..... Akhirnya siap jugak renovate blog ni.. Jenuh la jugak.. Tapi ini pun still ada yg nak kena adjust sikit lagi.. 

 Haru la jugak nk siap sampai cam ni pun.. bloglist ada yang terdelete..kena cari balik..

Lama tak jenguk blog kawan2.. Lepas ni bolehlah.. rindu nak merayap kat blog2 kawan2 semua..

Mata dah penat.. tido time.. selamat malam semua, owhh, dah pagi weyh!!! 

okeyh, harap2 tido ni ada mimpi indah datang bertamu... :P





Thursday, March 29, 2012

Sunday, January 29, 2012

:: Happy birthday Afiq ::


25 jan, 2:19pm, genap Afiq 5thn... sekejap masa berlalu.. tak terasa pun..

Tak ada apa yang mampu ummi sediakan untuk Afiq.. hanya sebiji kek dan doa dari ummi agar Afiq terus membesar dan menjadi insan yang terpuji.. 




wajah kesayangan ummi... yang mengisi segenap ruang hati ummi...





p/s : maaf ya , saya kurang kesempatan untuk menulis sekarang.. pasal ustaz yang merawat mak mertua saya, nnt saya akan update..



Saturday, January 7, 2012

:: Alhamdullillah...




Dapat berita dari kampung, Mak mertua masuk hospital ... Aku rasa pelik mulanya.. mmg Mak sakit, tapi sakit yang tak perlu kehospital ..
Rupanya, menurut Ayah mertua, benda tu dah tak ada .. Last berubat dengan Ustaz tu, allhamdullilah, dengan izin Allah, berjaya dibuang, < untuk berapa lama, aku tak pasti sebab sebelum ni pun dah dibuang tapi kembali >

Dan Mak dihantar kehospital sebab Mak langsung tak makan dan minum.. badan lemah.. itu yang Ayah hantar Mak kehospital..

Apapun, syukur kalau memang "benda" tu dah tak ada dengan Mak ... Dah lama anak2 berusaha untuk ubatkan Mak.. 

Darul Syifa pun Mak dah pergi. Bukan tak berjaya kat sana tapi pihak Darul Syifa perlukan masa sebab katanya , mereka perlu kumpul kawan2 dari Darul Syifa cawangan lain.. macam bergabung la .. Sebab benda yang Mak bela ni, macam susah nak lawan sorang.. 

Setelah sepakat semua anak2, keputusan diambil untuk cuba cari ustaz lain.. sebab anak2 tak mahu menunggu lagi.... sebab, anak2 risau yang kemungkinan Mak masih bernafas hanya disebabkan oleh adanya "saka" dengan Mak... 

Ustaz yang ubatkan Mak ni pun datang bertiga dengan kawannya... muda lagi Ustaz ni..


Satu harapan aku, semoga Mak bebas dari saka .. dan benda itu tidak lagi mengganggu ahli keluarga yang lain.. Benda itu ada jugak " mengusik " anak menantu dan cucu2 Mak, tapi tak teruk la.. agaknya nak bergurau je kut.. :)



Friday, January 6, 2012