Wednesday, January 5, 2011

:: Nak senang, menyusahkan orang..

Hari ni hujan agak lebat kan..kalau kat shah alam ni start dari subuh lagi...buat aku liat nak bangun je..Tengah sedap tarik selimut, aku dengar dum dam dum dam kat bawah..ingatkan apa...aku jenguk ikut tingkap...Haa , sekali aku tgk ada sorang lelaki duk sepak terajang sebuah kereta..Apa kes? kalau korang tengok gambar kat atas tu, korang dapat fikir tak apa sebenarnya punca kejadian??
Malas nak taip banyak2,  aku mula cerita ya...kereta lelaki tu park kat patak kosong tu ( masa aku amik pic tu, dia dah selamat keluar dari parking tu ), dan ntah makhluk tak ada akal mana pergi park belakang kereta dia..(kereta yang penuh sampah tu la )... Kalau la dia tak tarik hand brek tak apa la jugak..puas lelaki tu duk cuba tolak kete dia, tak bergerak lansung...Dah naik angin agaknya, dia sepak2 pintu kete tu...kemek habis...Dah memang patut pun, parking suka hati dia je..dah tau parking sampai block kete orang, bangun la pagi2 , alihkan kerete...ni tak , sampai aku nak kluar pukul 7.30pg tadi pun masih kat situ lagi...kalau tuan punya kancil tu pulak nak kluar, tak ke menyusahkan orang namanya....
Tapi aku suka bab yang lelaki tu letak sampah2 tu atas kereta dia...padan muka dia..nak je aku tunggu sape punya kereta tu...nak tenguk macam mana rupanya makhluk tak ada otak tu...
Cuba la bayangkan kalau ada emergency nak ke hospital ke, nak hantar orang ke, wife dia nak bersalin ke.....aduhh ..tak tercapai akal ku orang macam tu..

Tuesday, January 4, 2011

:: Minyak ron97 naik lagi...






Naik , naik dan terussssssss naik....dah tak terkata dah...turunnya tidak..Lepas ni semua ikut naik...yang tak naiknya gaji...Minyak naik 10 sen, yang lain ikut naik sampai 2-3 hengget...
Apa lagi nak cakap, apa lagi nak di kecoh, nak tak nak ikut je la...angguk angguk geleng geleng...!!!

:: Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway


Dapat Tag dari sakinah  yang comel
Oke, meh kita buat ye...

1) Mesti jadi follower blog Izamir Ridzwan.. Wajib, tipu berdosa.. - DONE

2) Buat entry bertajuk "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway" dan linkkan ke entry ini.. - DONE

3) Mesti letak poster ini dalam entry dan sidebar (linkkan ke entry ni juga) korang.. - DONE

4) Tag 4 orang - DONE

Cah
Ecah
Farah
Angah

Hadiah nya adalah Kingston Data Traveler 101 G2 (  akan digantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa) untuk 4 org pemenang yang bertuah....

Monday, January 3, 2011

:: Alahai Afiq ..

Semalam hari pertama Afiq kat tadika... Abah cakap oke..sampai je, dia terus masuk , duduk..tak ada nak nangis ke apa ke...iye lah, sebab dia dah biasa suasana cam tu... kira bagusla aku hantar dia ke taska dari kecik lagi...
Balik kerja, aku tak sabar nak dengar cerita dia...sebab dia memang banyak mulut...pot pet pot pet je..
Mula mula aku tanya tu, diam je...ok ok je...Nak masuk tido tu, baru lah dia duk sebuk nak cerita..Tapi apa yang aku tak leh lupa kan,..bab ni ..
" ummi, syayur dia tak syedap la , syup dia syedap.." 
Haila, itu jugak dia nak mengadu....memang tak leh lepas dari makan....badan je tak gemuk...

Sunday, January 2, 2011

:: First Day...

 Hari ni Afiq dah masuk tadika baru...Hari pertama kat sekolah baru...Bangun pagi tadi pun , alahaiii..lemah....sebelum ni pergi sekolah tak mandi..tak kisah la sbb taska je pun..ni aku dah hantar tadika...Kejap je, dah 4 tahun dia...harap semua ok la hari ni...

isnin....cam biasa..keje la...dah 3 hari cuti kan..tak cukup lagi ke??? selamat berkerja semua...kepada adik2 yang sekolah tu, hari ni hari pertama kan, so jangan malas2 ye....good luck untuk semua orang yang baca n3 ini.....senyumm....:)

:: Ambang 2011...

 Malam tahun baru , aku lepak kat ICTY,..punyalah ramai umat manusia kat situ.nasib baik kami datang awal...dalam pukul 8 lebih...tapi nak tunggu ke pukul 12 tu jenuh jugak la...Kamera pulak tetiba je rosak time nak pukul 12 tu... layan je la gambar ni..agak blur sikit sebab pakai h.set je...



Saturday, January 1, 2011

:: setahun yang berlalu...

Dah masuk hari kedua 2011, aku baru nak update kan....busy..bukan kerja tapi aku jalan2..cuti kan..blog pun ikut cuti sama...bukan tak buka lansung tapi mood nak update tu tak ada..tambah pulak tenet slow kat umah ni...Apapun aku nak ucap selamat untuk semua..selamat untuk setahun yang telah berlalu...