Friday, December 24, 2010

:: Petua mak dara lagi...


Hye...meh semua...aku nak share petua ngan korang lagi ni...yang mana korang rasa berkenan tu, sila jangan segan, jangan malu, moh kita try...:)




Melembutkan Rambut.


Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Merawat Kulit Berkedut



Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda


Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.



 

Thursday, December 23, 2010

:: esok cuti...

Dah separuh hari baru terhegeh hegeh nak update blog...Busy + malas = zero ....
Jumaat dah kan? pejam celik pajam celik, dah jumaat lagi...esok cuti...itu yang penting....lain tak penting....wakakaka...

Selamat bercuti untuk semua...Nak pegi mana ek esok.....Boleh tak aku bercuti kat rumah je....tidor sepanjang hari...hahahaha....

Apa pun, yang penting esok cuti...tak perlu nak hadap dengan kerja yang melambak tak pernah habis kat office ni...eh, korang tau tak kat mana ada job vacancy, aku nak apply nih.. :)





Wednesday, December 22, 2010

:: Maher Zain kembali...


Weyh korang....pakwe aku nak dtg lagi...suka suka.....hahhahhaha....

korang yang nak dating ngan Maher Zain, sila telefon 03-7843-6999 untuk membeli tiket yang bermula dengan harga RM200. Memang agak mahal tapi berbaloi la kan...kan..? Sila buat temujanji korang  sekarang sebelum line menjadi busy dan  membuatkan korang tak dapat nak set date utk dating  nih...
Lebih info, tgk la sendiri kat poster pakwe aku yang hensem tuh...ngeh ngeh ngeh....



:: Perak - Part 2


Alemak ehh...lama bebenor aku nak continue part jalan- jalan kat Perak ni kan...hehehhe... oke, kita sambung cerita yek...Macam best pun kan??? best la bagi aku...ada cerita yang menarik kat kenduri tu tau...tak sabar nak cerita nih...

Kami satu family bertolak dari Shah alam dalam jam 8 pagi lebih kurang...Terus ke Ipoh dulu sebab nak pick up anak buah en.suami aku...Singgah kejap kat R&R Tapah......Orang punya la ramai...bersesak beb kat situ...Tapi nak buat cam mana, dah perut lapar..tak breakfast lagi...redah je lah...

Sampai kat tempat kenduri dalam jam 12.30..Kenduri kat Bote..pengantin perempuan tu kawan adik ipar aku...Cantik molek orangnya...peramah n mesra alam orangnya...
Makanan kenduri pun sedap yang amat...

Pendekkan cerita, ada 4 kejadian yang terjadi...kira ala-ala hari ini dalam sejarah la daalm hidup aku...

* Tengah syok duk pilih lauk, datang 1 orang pakcik nak tambah lauk...terus cakap cam ni " eh, awok tak boleh makan dah lauk ni, awok dah makan banyak dah ...... " eh terkejut la aku beb, aku sorang je duk ceduk lauk tu...sebab aku terkejut, aku pandang pakcik tu dengan reaksi luar biasa aku la..kening kerut sikit, mulut buka sikit...hehhehe..dan pakcik tu perasan aku kat situ...pas tu br la dia cakap "awok" tu kat perak membawa maksud "saya"...cehhhhh....buat gabra aku jek... dah duduk baru aku teringat,kan aku duk selalu baca blog orang perak Mad ngan D08...haila....

* Baru nk start makan, pakcik sebelah aku tetiba tanya aku, " tak suka ayam ke? " aku jawab.." makan..dah ambik ni ha..." sambil tunjuk lauk dalam pinggan aku...tetiba je seketul ayam tercampak elok dalam pinggan aku...pakcik tu bagi ... main campak je dalam pinggan aku...dia cakap dia ambik lauk ayam tu banyak...ish la pakcik....

* Tengah tunggu rombongan pengantin, aku duk bawah pokok dekat khemah dengan adik aku...ada makcik kat sebelah aku ni....pap!!! rasa pedih sikit pipi aku beb....apa jadi?? makcik tu latah rupanya...ada orang datang nak salam ngan dia..dia terkejut, angkat tangan , melayang sedap jek landing kat pipi aku.....adik aku bantai gelak jek..hampeh tul la...

* Dalam kete, aku buka telur kenduri tadi...color putih...aku tau la telur itik tu...tapi aku tak sangka la itu telur masin....dah kopek kan, nak tak nak aku mkan la jugak masin pun...sedap jugak beb...ini first time aku pergi kenduri dapat telur masin.....


Oke...itu je cerita kat tempat kenduri .... nanti aku sambung part pergi Teluk Batik lak...Lepas kenduri tu kitorang pergi sana... 

~ to be continued ~

Tuesday, December 21, 2010

:: Domain Giveaway ♥ Pertandingan template tercantik

  
Morning semua...hye...aku nak mulakan n3 hari ini dengan Cik Gayah punye contest...Pertandingan Template Tercantik...  Hepp...template aku ni cantik kan??? heheheh...sape lagi nak puji kalau bukan aku...:)



Syarat2 :-
1. Wajib menjadi pengikut gayahspears(dot)com - done
2. Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang dan jangan lupa buat sidebar. - done
3. Tajuk entry korang mestilah Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears - done
4. Tag kepada 3 kenalan blogger - done = CAH , ANGAH, FARAH
5. Copy dan paste link entri korang kat entri ni ya… - done
6. Kontest tamat pada 26 Januari 2011 - oret
Hadiah :-
Pertama :- Domain
Kedua :- Domain
Ketiga :- Domain
Saguhati :- Domain
:: Sebarang pertanyaan boleh tanya di sini ataupun ym id_gayahspears@yahoo.com

:: Good Night..


Selamat malam semua .... Selamat Tidur....selamat mimpi yang indah indah....selamat untuk bangun kembali esok pagi...Dan selamat untuk sepanjang malam yang indah...Semoga kita bisa berblogging lagi esok.....



:: Karnival Pengantin ..


Khas untuk bakal pengantin.... Jemput ramai2 datang ke karnival pengantin...
Malas nak taip panjang2...pendek kata, kalau minat korang pakat serbu la ya...