Monday, December 20, 2010

:: Isteri baru ketua menteri sarawak...


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu....


~ sumber berita harian ~


:: Syukur...terima kasih...


Pagi ini, macam biasa, mulakan keje dengan satu rasa...PAHIT...mcam kopi tanpa gula tanpa susu...
Tapi aku redha dan redah je... tak lama lagi pun..insya allah .. i will find my way...

Nak share something disini.... tentang syukur... tentang aku....
Beberapa minggu lepas , aku new girl masuk keje kat office ni...Tengok dia menerbitkan rasa syukur yang amat dalam dihati aku...Bukan nak burukkan dia tambah lagi aku pun bukan sempurna...Tidak..ini sekadar muhasabah diri utk aku dan mungkin boleh share ngan korang diluar sana...

Oke, terus cerita ya... Kenapa dengan dia??
Dia sangat gemuk...berlapis sana sini... belum kawin, usia dalam 26 kut... dia sgt seksi walaupun dia gemuk...free hair... dan dia ada kencing manis....

Jadi, kenapa pulak dengan aku??
Aku ni selalu fikir diri aku buruk, tak cantik, gemuk, dan byk lagi benda negatif yang beraja dihati aku...
Saat mula aku tgk dia depan mata aku, dalam hati aku berdetik sesuatu....syukur....aku bersyukur sangat....
Kenapa?? sebab, walaupun aku tak cantik, aku sudah cukup complete sebagai wanita..aku sudah punya suami, aku sudah punya cahaya mata dari rahim aku sendiri...semestinya aku harus bersyukur...
Walau aku tak cantik,aku gemuk,  ada orang masih sayang aku..aku ada kawan2 yang mengambil tahu, aku ada family yang sentiasa mengambil berat, aku ada suami yang aku pasti masih ada cinta untuk aku...

Aku sering mengeluh, kenapa aku gemuk  tak ada la gemuk sangat pun aku ni  , ... Diluar sana, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku...tak ke aku patut bersyukur...??
Memang la kan kita manusia sering melihat kekurangan diri berbanding kelebihan yang kita ada...Syukur la dengan apa yang kita ada...

 







:: Flaming Steamboat...

Mlm ni ada dinner ngan officemate kat Flaming Steamboat... Dah terasa kenikmatan nya... Phewhhh....lama dah tak pekena steamboat ni...
Diet dah berterabur lari..tak terkejar dah...banyak sungguh part makan2 sekarang ni...
n3 ke Perak tu pending dulu...nk g dinner ni...Makan dulu... mlm ni kalau balik awal aku update...



:: Hujan ..



Diluar sana hujan mencurah curah...Lebat .. Ada sedikit kedamaian dihati...Rahmat tuhan...Tenang, aman, sejuk meresap ke kalbu... Aku suka hujan... suka juga Noh hujan ..

Banyak memori manis aku kala hujan..Sungguh .... indah belaka. !!
Kadang hujan bagaikan titis2 mutiara airmata aku yang gugur saat aku berduka... Pun begitu, ia tetap mendamaikan..



Sunday, December 19, 2010

:: Rooftop Rant...Hlovate..



Salam semua...ari tu aku ada bgtau nak buat review novel yang aku br baca kan...oke, aku mulakan dengan novel ni ek..Dah lama dah sebenarnya novel ni, aku jek yang br baca...Korang kaki buku tu, mesti beli buku ni...


Hlovate mmang penulis yang menulis dengan gaya yg tersendri...lain dari yang lain..semua novel dia yang aku dah baca mmg menyentuh dan memikat hati...tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan..gaya bahasa yang santai dan terselit unsur islamik....penuh pengajaran..


Rooftop Rant, dari sudut pandangan aku, mmg sangat menarik..Bukan novel yang berunsur cinta pasangan kekasih semata2...Kasih sayang keluarga yang dicari...Garapan yang menarik, buat aku menangis jugak....mmg menyentuh hati....Trisy yg hilang kasih sayang ibu bapa, menyepi diri diatas bumbung., berjumpa dengan Jade, berkawan bukan bercinta..



Sinopsis belakang buku:


Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan


Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza tapi cerita mereka masih selari!


Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!


Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...


tentang bukit yg sayup di depan
tentang angin yg membawa salam di belakang
tentang lang sewah yg berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yg bersesak-sesak di bawah


dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa


mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?


ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....






Saturday, December 18, 2010

:: Perak ..





Salam hari minggu.....
Semalam pergi kenduri kat perak..Bote..
Penat gak sebab byk tempat kitorang pegi...Sampai k.l dekat pukul 1.00 pagi...Letih gak la..
Ni mata duk ngantuk lagi...
Banyk cerita nk tulis kat sini...tp nnt la dulu...nak g sambung tido jap...
So, maknanya, n3 ini akan bersambung...hehehe...Adiossss !!


~ to be continued ...



Thursday, December 16, 2010

:: Happy Friday...


Salam manis pagi jumaat semua.... hari jumaat je rasa happy kan korang...mau tak nya, esk cuti....
Sabtu ahad aku tak keje minggu ni...nk p Perak... Bote...


Ingat tak aku pernah post kat sini pasal JS buat sale tu??
Diam2 aku rembat jugak 4 buah buku... dah lama sampai...dah habis baca pun...:)

dlam pic ni 3 je sbb 1 lagi kawan aku pinjam...


Setakat ni , buku2 terbitan JS tak pernah mengecewakan aku...Buku2 dia terselit unsur2 agama. Tak banyak sikit mesti ada...Nnt aku buat review novel2 ni ek....