Thursday, December 9, 2010

:: Home Deco Fair...



Home id Deco Expo
Stadium Melawati Shah Alam
16 dec ~ 19 dec 2010
10am ~ 9pm


Ini yang menanti korang kat sana....

• FURNITURE
• AUDIO VISUAL & HOME APPLIANCES
• KITCHEN & BATH
• LIGHTINGS
• SOFT FURNISHING & DECORATIVES
• WALL & FLOOR
• DOOR & WINDOW
• HOME SECURITY SYSTEM & SAFE
• WATER FILTERATION
• PLASTER CEILING, RENOVATION & IRON WORK
• ROOFING & INSULATION
• LANDSCAPE & AQUARIUM
• PROMOTIONAL ITEMS
• POOL & SAUNA ROOM
• CHILDREN
• SERVICES
• BEAUTY
• FOOD

:: Post n3 dari emel yahoo..

Ni n3 versi testing... Aku post n3 ni guna emel...tak payah aku nak susah g kat blogger dashboard tuh....
Lps ni aku terus update dari emel yahoo aku lorr...tak yah nak buka blog dulu pun tak apa... Senang nak post n3... buka time nk bw atau balas komen jek...
Senang kan?......

:: SEGMEN CERPEN KREATIF : Hijau Bumi Tuhan..

Aku join en.ben punye segmen cerpen kreatif...

Tajuk cerpen kreatif :- Hijau Bumi Tuhan

Hijau bumi tuhan. Syukur aku masih mampu menikmati indah hijau daun, sejuk dingin air ditasik dan harum wangi bebunga ditaman. Tapi aku tidak pasti sampai bila. Kerana disana mereka sedang rakus membinasakan. Tanpa peri kemanusian.Tanpa rasa simpati.Tanpa rasa tanggunggjawab.
Ya. Dengan alasan menuju kemodenan, mereka korbankan harta tak ternilai..

Inikah yang tinggal untuk warisan masa depan? kering dan kontang seperti keringnya hati-hati mereka disaat hijaunya bumi mereka musnahkan... inikah yang mereka mahu?
Tidak. Aku masih ingin bercanda ditepian tasik.Masih ingin terus mencium harumnya bunga ditaman.Dan masih ingin terus menikmat indahnya Hijau bumi Tuhan..

 






Wednesday, December 8, 2010

:: Hidup Biarlah Selalu Menghargai ..

Bila kamu dah bertemu dengan orng kamu sayang, yang kamu cinta, yng kamu kasih, haruslah mencuba sedaya upaya untuk bersamanya sepanjang hayat mu ..Kerana apabila dia telah pergi, sedarlah, bahawa saat itu kamu telah kehilangannya dan kamu telah  segalanya telah terlambat...

Ketika kamu telah bertemu dengan seorang teman yang kamu percayai, yang membuat hatimu ceria, bahagia, senang bersamanya, seharusnya kamu rukun bersamanya...Kerana seumur hidup kamu, teman sejati takkan mudah kamu temui...Hargailah sebuah persahabatan...

Saat kamu bertemu dengan orng yng pernah kamu cintai, pandang lah dia, senyumlah padanya sebagai tanda terima kasih.. kerana dia pernah membuat hidupmu bahagia, kerana disuatu masa dulu, dia pernah membuat hidupmu begitu berharga...

Ketika kamu terserempak dengan orng yang pernah kamu benci, tegurlah dia dengan senyuman...Kerana dia membuatmu lebih teguh, lebih tabah...
Jika kamu bertemu dengan org yng pernah mengkhianatimu, tegrlah dia, senyum padanyan...kerana dia telah menjadikan kamu insan yang lebih pantas mengenal liku2 hidup...Jika bukan kerana dia, kamu mungkin masih tak memahami karenah manusia....

Saat bertemu org yang pernah diam-diam kau cintai, berkatilah dia...Kerana bukankah dulu kamu mengharapkan kebahagiaan bersama nya? apa salahnya kini kamu mendoakan kebahagiaan nya walau kamu bukan bersamanya...

Ketika kamu berjumpa org yng pernah hadir dalam hidupmu, dan dia pergi meninggalkan kamu begitu saja..,ucapkan terima kasih dan bersyukurlah kerana dia pernah hadir dalam hidupmu... Kerana dia menjadi sebahagian dari nostalgia indah mu...

~ Hidup ini indah jika kita saling menghargai .... n3 ini dari aku untuk kamu yang pernah singgah menghiasi hari2 ku.... ~

:: Nice Blog Award ..

Award nih Nadia yang comel bagi.... mekacih ya....kalau ada nak lagi...hahahah
Nice ke blog aku nih....? ala, boleh la.....


 Sebelum amik award kena jawab soklan dulu....


Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?
fiqas81.blogspot.com sebab itu FIQAS adalah gabungan nama afiq dan asmiza... Maka jadilah FIQAS. dan 81 tu pulak tahun lahir aku... :-)

5 perkara yang aku suka.
* Hujan
* Novel
* Tidur
* Jalan2 habiskan duit
* Makan

5 perkara yang aku tidak suka.
* Masak...aku mmg malas masak...tapi bukan spesis tak pernah masak
* Tak suka kalau aku tgh mood tak elok, org duk membebel pulak...hanginnnn....
* Tak suka bila aku tgh terasa hati / merajuk / sakit hati ngan org tu, then org tu tanya kenapa dan cuba nak jelaskan keadaan sebenar....tunggu aku cool dulu oke...br blh cakap...
* Tak suka nak pujuk2 org sbb aku tak pandai....
* Tak suka kaki bodek... nyampah....


Oke....aku nak pass award ni pada mereka2 nih...
Cah
D08
Angah
Queen F
Mad
dan korang yang baca n3 nih....

:: Shah Alam hujan...

Salam,......
 Tempat aku skrg ni hujan tengah lebat membasahi bumi glenmarie, shah alam ni...
Aku kat dlam office ni terus layu dan layu....dalam kepala dah terbayang bantal, katil dan zzzzzzzzzzz.......
Wahhhh, banyak syok kan? Sayang weyy, aku kat office skrg ni...dan aku tak mungkin balik awal hari ni...tak kuasa aku nk redah jem...klau pekena roti jem kaya sedap la jugak...

Aktiviti aku kat office ari ni, dah tentu la aku wat keje,...poyos je kan....!!! 
Tapi.....eh, ada tapi disini ye.....lunch tadi aku tak kuar lunch pun....so aku buat apa?? Mals nk taip banyak...meh kita tengok gambar2 kejadian tgh hari tadi....(*_^)

 ini kawan aku punye.....


 Ini aku punye....tembam kan tangan aku....hahahahah....org lain kluar lunch kami buat benda nih....lama dah tak lukis2 tangan cam ni.....rasa cam anak dara lak...ngeh ngeh ngeh.......




ini, bukan hari ini punye....minggu lepas punya kejadian....sedap hingga menjilat jari....tapi yang tak sedapnya, lemak pun bertambah2.....




:: BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU..

 
En.Ben, saya nk masuk jugak dalam bloglist tu...
Blog sy aktif jugak walaupun n3 sekali je sehari....klu rajin skit, ada la 2-3....:)